Tuesday, February 3, 2009

Kuasa Politik Dan Ekonomi


Hari ini
kita melihat pelbagai konflik yang berlaku didunia, krisis kemanusian dalam meneruskan kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Manusia ghairah untuk mencari kuasa dan pengaruh dalam meneruskan survival mereka di muka alam ini. Mencari kekayaan,kuasa, penghormatan merupakan satu kemestian bagi setiap ahli politik dunia hari ini.

Acap kali juga orang beranggapan kekebalan kuasa politik akan menentukan survival sesuatu bangsa. Maka tidak hairan jika yang berkuasa akan memanipulasi dan mengawal apa sahaja yang boleh memberi faedah atau ancaman kepada mereka.Dahulu, orang yang mempunyai kuasa politik dianggap hebat seperti golongan feudal,bangsawan dll.Mereka ini mampu untuk mempengaruhi hal kehidupan sosial rakyat setempat.

Namun sekarang dunia sudah berubah kekebalan politik tidak dianggap satu hagemoni kepada sesuatu bangsa jika sekiranya tidak menguasai ekonomi.Di Malaysia contohnya, orang Melayu bangga dengan Ketuanan Melayu yang memberi mereka jaminan dari segi kuasa politik.Manakala orang Cina dihormati dengan Ketuanan Ekonomi yang memberi kelebihan dari segi kuasa kewangan bebanding kaum yang lain.

Politik dan ekonomi adalah saling berkaitan dalam menentukan jatuh bangun sebuah negara.Kebiasaanya ahli politik akan menggunakan isu ekonomi dalam kempen mereka untuk mendapat pengaruh dalam setiap pemilihan.

Maka tidak hairanlah jika terdapat dakwaan atau andaian bahawa orang politik kebiasaanya dikeliling oleh ahli perniagaan dalam mendapatkan sumber kewangan dalam kempen mereka. Orang yang memberi bantuan kepada ahli politik mengharapkan akan dapat pengaruh bagi membantu mereka dalam perniagaan seperti penganugerahan atau mendapat kelulusan projek dll. Orang politik macam ini menjual maruah uniform yang dipakai mereka dengan harga yang murah dengan membiarkan diri mereka dipergunakan.

Setiap kali timbul isu yang melibatkan permainan silang kata antara politik dan ekonomi.Tidak dapat dinafikan kuasa ekonomi akan dapat mengawal dan mengatasi orang yang memegang kuasa politik.Contohnya kekurangan bekalan makanan asasi dipasaran telah menunjukan kebenaran hakikat ini.Kerajaan kebiasaan terpaksa tunduk kepada kehendak golongan industri untuk menaikan atau menurunkan harga sesuatu barang dipasaran.Jelas menunjukan perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan negara memerlukan pengaruh ekonomi bagi menjadikan ia realiti.

Diperingkat hubungan antarabangsa,contohnya negara China dan Jepun menikmati hubungan politik yang naik dan turun kekadang sedikit emosi. Tetapi dalam ekonomi tidak menunjukan hal sedemikian. Hakikatnya Jepun adalah rakan dagang utama China, banyak syarikat Jepun membuat pelaburan di China.Walaupun dari segi hubungan politik tidak menggalakan.Demikian juga hubungan politik antara Malaysia-Singapura yang menunjukan naik turun.Tetapi realitinya, kedua-dua negara ini bergantung sama lain dalam meraih faedah ekonomi.Jika sebarang konflik timbul kepentingan ekonomi diberi perhatian dahulu bebanding faedah politik.

Ini semua jelas menunjukan kuasa politik tidak lagi dianggap kekebalan atau hak istimewa sesuatu bangsa sekiranya tidak disertai oleh pemilikan dari segi ekonomi.Realitinya mereka yang memiliki kuasa kewangan mampu untuk membeli apa yang ditawarkan dan dihajati.Ini jelas dalam teori ekonomi moden(permintaan dan penawaran). Didunia ini orang yang dapat membeli pasti mempunyai kelebihan keatas apa yang dibeli dan dimiliki.Belajarlah daripada bangsa Yahudi yang mampu memegang ekonomi dan mempengaruhi setiap dasar luar Amerika hanya dengan menguasai kuasa ekonomi!

WHAT MONEY CAN BUY?