tag:blogger.com,1999:blog-8117492718508155989.post4787900497603905146..comments2023-11-03T17:42:35.927+08:00Comments on Teropong Zaman: Melayu VS GlobalisasiMohd Norizzuanhttp://www.blogger.com/profile/00066654435045375350noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-8117492718508155989.post-26644373605545517732010-06-10T12:50:26.048+08:002010-06-10T12:50:26.048+08:00salam alaik...
saya bersetuju dengan idea pihak sa...salam alaik...
saya bersetuju dengan idea pihak saudara...
naMun saya sedikit terkilan kerana tuan mengajak kita menmgikut jejak langkah bangsa Yahudi..
Wallahualam..
apapun,salam cinta..syafiq Aizathttp://syafiqaizatmf.wordpress.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8117492718508155989.post-31435396913773135882009-07-13T08:57:52.757+08:002009-07-13T08:57:52.757+08:00Salam Tuan
Artikel yang menarik. Pada dasrnya Me...Salam Tuan

Artikel yang menarik. Pada dasrnya Melayu boleh berjaya jika kita generasi baru sanggup berubah dan meninggalkan segala sifat buruk yang sering dikaitkan dengan bagsa kita itu. Mari kita mulakan dengan mengubah diri kita menjadi seorang pemuda melayu yang bertaqwa, dinamik, progresifa dan kental jiwanya. Mari kita jauhi rasuah, dadah dan segala kemungkaran. Insyaallah kita akan berjaya.haimhttps://www.blogger.com/profile/12452393150036985821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8117492718508155989.post-3304382750850748642009-05-19T23:10:00.000+08:002009-05-19T23:10:00.000+08:00Saya juga setuju dengan pendapat2penulis. Kebanyak...Saya juga setuju dengan pendapat2penulis. Kebanyakannya. Cuma ada beberapa perkara berbangkit.

Pertamanya, ini semua berpunca drpd ketidakmahuan bangsa kita untuk memahami Al-Quran. Drpd pemerhatian saya, kebanyakan anak2 dididik utk membaca dan membaca Al-Quran sahaja. Bagaimana dengan memahami maksudnya? Boleh mungkin kerajaan mengambil kira satu sistem pendidikan Islam yang baru di mana pembacaan dan pemahaman akan isi kandungan Al-Quran dikuatkuasakan?

Allah telah mengingatkan kita di dalam Al-Quran bahawa yg terbaik dpd umatnya bukanlah bangsa atau keturunan dan yg sekutu dgnnya, tapi siapa yg paling beriman dan paling mengingati Allah. Kerap kali bila isu sensitif mengenai Islam dibangkitkan, maka wujudlah procession oleh pihak2 yg rasa dirinya tercabar. Mungkin slogannya 'Jangan cabar Islam'. Dalam realiti, sebenarnya umat Islam sendiri yg mencabar Islam kerana kelemahan mereka yg ketara.

Ulas sedikit tentang isu politik, kita ambil isu di Perak. Media2 pro-kerajaan seringkali mengingatkan kita jangan mencabar kuasa Sultan. Siapa Sultan? Apakah kita boleh banggakan Sultan bila Nabi Muhammad (PBUH) kita sendiri boleh lupakan? Islam ada mengatakan ketaatan kpd pemerintah ttp pemerintah yg mcm mana? Bila datang isu politik, sebenarnya pihak2 berkait hanya menggunakan Sultan bila Sultan membuat keputusan yang memihak kepada mereka. Jangan lupa pihak mana yang menurunkan kuasa Sultan supaya mereka boleh didakwa di mahkamah khas, pihak inilah juga yang kononnya mempertahan Sultan baru2 ini.

UMNO berdepan krisis identiti yang besar. Ini kerana cakap2 mereka tinggal cakap2. Sudah tiba masa untuk bertindak, bukan cakap je. UMNO mendapat valuasi imej yg negatif di sisi saya. And it is not just, byk lagi di luar sana yang menggunakan kuasa logik, common sense and power of observation.

Kesimpulannya, this a nice article. It is a lot-agreeable. Mungkin semua pihak boleh mengambil kira untuk membaca dan memahaminya. Dont be in a state of denial anymore. TQ.Vnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8117492718508155989.post-37949518840977601922009-05-10T02:02:00.000+08:002009-05-10T02:02:00.000+08:00Saya amat bersetuju dengan kata-kata penulis. Saya...Saya amat bersetuju dengan kata-kata penulis. Saya bukannya berniat nak mengutuk atau mendiskriminasi kaum lain kerana saya ni bangsa Cina. Namun, saya menerima pendidikan di sekolah kebangsaan semasa di sekolah rendah dulu dan amat fasih dalam Bahasa Melayu tetapi tak tahu membaca tulisan bahasa Cina. Disebabkan itu, saya amat memahami dan menghormati adat dan budaya yang diamalkan orang Melayu. Saya cuba melayan mereka sebagaimana saya melayan kawan-kawan lain di luar sekolah kerana pada tanggapan saya, Malaysia ialah sebuah yang berbilang kaum dan harus hidup harmoni dan jangan membezakan di antara satu sama lain. Apa yang mengecewakan saya ialah mereka tidak berfikiran begitu. Mereka akan beranggapan saya ni (orang Cina) sebagai sasaran yang mengancam mereka dari segi keputusan peperiksaan sehingga guru kelas saya sanggup mengubah keputusan peperiksaan murid-murid Melayu demi mahu meningkatkan keputusan mereka. Saya mula merasakan ketidakadilan dari segi pendidikan di Malaysia. Bukan pihak kerajaan menggalakkan rakyat agar menghantar anak-anaknya ke sekolah kebangsaan dan jangan terlalu bersikap perkauman yang hanya tahu hantar anak-anaknya ke sekolah kebangsaan jenis cina atau tamil? Kenapa kami (orang Cina dan India) dilayan dengan tidak adil ketika belajar di sekolah kebangsaan? Sehingga saya masuk ke universiti, saya dapati ada sesetengah profesor pun bersikap sedemikian dan memberi markah yang tinggi kepada penuntut-penuntut Melayu walaupun pada biasanya mereka jarang membaca mahupun menyiapkan tugasan dengan baik. Ini bukannya cara untuk membantu mereka sebaliknya hanya akan menyusahkan mereka kerana pengetahuan yang mereka terima tidak setimpal dengan markah tinggi yang mereka perolehi. Apa gunanya perolehi sijil cemerlang, tapi sebenarnya tak tahu apa-apa selepas tamat pengajian dan kemudian berdepan dengan ujian yang sukar ketika menemu duga untuk mendapatkan kerja? Apabila temu duga mereka gagal, mereka hanya tahu menyalahkan syarikat tersebut tak berlaku adil terhadap mereka kerana syarikat tersebut hanya ingin menggaji orang Cina. Disebabkan bantuan kerajaan tak kira dari segi pendidikan mahupun ekonomi menyebabkan orang Melayu tiada daya saing dengan orang lain dan lemah dari pelbagai segi. Ini bukan soal perkauman bahawa orang Cina biasanya menjadi tauke-tauke besar manakala orang India pula jadi doktor atau peguam sedangkan orang Melayu masih bercucuk tanam dan hidup susah di kampung. Ini ialah soal mentaliti dan keazaman seseorang. Andai awak berusaha, pasti akan menikmati kejayaannya. Orang Cina telah dididik bahawa mesti berusaha keras baru dapat menikmati kesenangan dan bukannya hanya tahu memonopoli bidang perniagaan. Bak kata orang, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian."Anonymousnoreply@blogger.com