Sunday, May 10, 2009

Melayu VS Globalisasi

Alhamdulilah minggu peperiksaan akhir sudah pun berlalu , dan kini boleh menumpukan perhatian kepada penulisan diblog ini. Bulan lepas DS Najib telah mengumumkan proses liberalisasi system kewangan di mana memberi kebebasan dlm pemilikan equiti tanpa perlu pemilikan oleh orang tempatan. Lebih menarik perhatian DS Najib menyatakan bahawa org Melayu perlu menerima dasar keterbukaan yg dijalankan.

Maka terdetiklah didalam hati saya untuk berkongsi ulasan berkenaan adakah org Melayu sudah bersedia utk menerima proses globalisasi dlm kehidupan mereka di Malaysia?. Sy akan memecahkanya kepada 4 sub topic iaitu Melayu vs Globalisasi dalam kontek pendidikan, ekonomi, politik dan sosial.

Pendidikan
Hari ini sudah ramai pelajar melayu yang menuntut di IPTA dan universiti luar negara dibwh tajaan mara,jpa, syarikat glc dll. Jika diimbau kepada sejarah sememangnya tahap pendidikan telah membawa perubahan yg cukup besar dalam sosio ekonomi masyarakat Melayu. Ia telah berjaya melahirkan ramai professional dan cerdik pandai dlm pelbagai bidang.Namun apa yg agak mengecawakan kejayaan itu gagal diterjemahkan secara total. Ia masih tidak mampu untuk melonjakan bangsa Melayu ke tahap yg membanggakan terutama dlm bidang ekonomi , sains dan teknologi.

Hakikatnya kesedaran peri pentingnya pendidikan dlm mengubah hala tuju bangsa begitu lemah. Orang Melayu masih sambil lewa dalam memberi dan memenuhi pendidikan yang terbaik kepada anak mereka. Ini amat berbeza dengan bangsa Cina yg begitu menitik beratkan soal pendidikan. Mereka sanggup berhabisan bagi memberi pendidikan terbaik kepada anak mereka. Masa zaman persekolahan dahulu, saya telah berkenalan dengan seorang Apek yang menjual buahan , makanan ringan diluar pagar sekolah.Dia menjalankan perniagaan dengan menggunakan van mini yang buruk dlm mencari rezeki. Apa yg membuat saya kagum tentang beliau adalah walaupun kerjanya sebagai penjaja tetapi dia mampu untuk menghantar anaknya belajar Universiti di Singapura dan Australia tanpa bantuan kerajaan! Rahsianya sepatutnya org Melayu belajar dan hayati.

Saya sampai hari ini masih terkesan lagi dengan cerita itu kerana tahu susah nak berjumpa org Melayu yang berjaya menghantar anak mereka keluar negara tanpa bantuan kerajaan terutamanya yg datang drpd golongan berpendapatan rendah. Saya tahu sangat sikap Melayu yang suka meminta minta bantuan walaupun berkemampuan. Maka jangan terkejut terdapat Melayu yang kaya sanggup memalsukan maklumat bagi mendapat bantuan walaupun mereka daripada golongan elit.Bagaimanakah nasib org Melayu dalam arus globalisasi jika bermentaliti begini kerana pendidikan ibarat akar pada kejayaan bangsa.

Ekonomi
Pada tahun 1970 kerajaan telah menjalankan dasar ekonomi baru dalam proses penyusunan masyarakat berikutan tradegi 13MEI1969.Walaupun telah 40 tahun berlalu intipati asal DEB seperti pemilikan 30% ekuiti masih belum tercapai dan menjadi ‘misteri’ sehingga hari ini. Kegagalan ini bukanlah berpunca daripada kehebatan bangsa Cina dlm bidang pernigaan tetapi adalah kerana kelemahan dan kebodohan Melayu itu sendiri

Org Melayu terkenal dengan mentality nak mudah , kaya cepat dan cenderung kepada pelbagai skim cepat kaya mahupun jualan langsung. Orang Melayu terlalu rapuh dlm bidang perniagaan, mereka gagal mewujudkan networking yang baik dlm perniagaan lantaran sikap mementingkan diri yg begitu ketara. Tidak perlu terkejut terdapat ramai jutawan Melayu yang lahir drpd pelbagai dasar ekspress akan naik dan turun dengan begitu pantas .Mereka ini menjalankan perniagaan kerana dasar tamak dan untung cepat.

Perniagaan ibarat pokok yang perlu bermula drpd bawah dengan mencengkam akar dahulu sebelum boleh tumbuh lebih tinggi. Ini antara resipi kejayaan usahawan dan syarikat yg berjaya mereka bermula dari bawah.Jika mentality Melayu terus begini jgn terkejut kerana sudah mula wujud pengkhianat bangsa yg sanggup membuat apa sahaja hanya kerana duit. Adakah org Melayu mampu bernafas dlm globalisasi jika mudah dibeli dan disogok?

Politik

UMNO yg merupakan tulang belakang kerajaan dan org Melayu kini berhadapan dengan satu dilemma sama ada hendak terus menjalankan dasar mengutamakan Melayu atau masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Hari ini ia dilihat sudah bongkok kerana diasak oleh parti komponen dan pembangkang. Selepas Mac 2008 pelbagai usaha telah dilakukan bagi menarik perhatian masyarakat bukan bumiputera. Antaranya memperuntukan peratusan yang banyak utk biasiswa JPA kepada pelajar bukan bumiputera dll.Ironinya ia masih gagal menarik undi bukan bumiputra kepada mereka walaupun mula sedikit menggadaikan retorik ‘Hidup Melayu’!

Orang Melayu terlalu suka berpolitik tetapi lihatlah pencapaian mereka dalam pelbagai bidang.Adakah boleh dibanggakan? Bebaloi ke bergaduh sesama sendiri?Apakah harga yang terpaksa dibayar lagi oleh generasi akan datang angkara kebodohan dan keegoan pemimpin Melayu?.Orang Melayu perlu sedar terlalu berpolitik akan membinasakan bangsa.Sejarah daripada zaman Portugis sampai skrg ada hujahnya. Sepatutnya mereka sudah mula sedar dan membina kekuatan sendiri tanpa perlu berpolitik dengan keterlaluan.Hari ini masyarakat sudah mula berbicara tentang keterbukaan.Kerajaan perlu adil dlm mengagihkan sumber pendapatan negara, itu antara hujah pihak tertentu.

Seharusnya org Melayu perlu bangkit dengan merevolusikan minda,fizikal dan mental untuk membina kekuatan sendiri kerana UMNO,PAS,PKR yang selama ini dianggap tempat berteduh sudah tidak mampu untuk menjayakan agenda parti sendiri kerana perlu menjaga hati org lain juga. Melayu drpd pelbagai golongan perlu sedar akan hal ini dan menjalankan reformasi terhadap kehidupan dan minda mereka secara total. Saya mencadangkan Melayu belajar dan meniru bangsa Yahudi yg hanya minority didunia ini akan tetapi menjadi majority dlm kejayaan bidang ekonomi,sains dan teknologi.

Sosial
Mari lihat di akbar, televisyen , internet tentang masalah sosial yang menyelubungi masyarakat Melayu hari ini.Bangsa apakah yang tertinggi menjadi penghuni pusat serenti? Bangsa apakah yang menjadi Mat Rempit ? Bangsa apakah mudah dibeli dengan duit?Dan bangsa apakah yang mudah membeli maruah Melayu/Islam?.Cuba anda fikirkan sejenak soalan ini. Renungkan dan cuba cari puncanya kenapa berlaku.

Org Melayu terlalu ego dengan nilai keislaman mereka, akan tetapi realitinya mereka gagal utk menghayati dan membezakan antara Melayu dan Islam. Sebab itu jiwa mereka rapuh kerana keegoaan sendiri.Orang Melayu lantang mengutuk dunia Arab kerana gagal bersatu mempertahankan Palestin. Tetapi cuba Melayu fikir apakah yang sudah lakukan dlm mempertahankan darjat bangsa dan agama masyarakat di Malaysia?Apakah contoh yang terbaik yang dapat dipaparkan kepada bangsa lain jika Melayu itu sendiri penuh kudis dan kuman terhadap saudara sebangsa dan seagama.Orang Melayu seperti ketam pentingkan diri sendiri.Itu reality bukan mitos!

Globalisasi menuntut perpaduan dan kerjasama bagi menghadapinya. Golongan kapitalis barat sepakat merompak dengan tipu helah kekayaan sesebuah negara jika masyarakat disitu lembik dan bodoh.Fahamilah!.Jangan biarkan bangsa menjadi sampah sekali lagi angkara tewas dalam arus globalisasi. Musuh Melayu bukanlah Cina, Yahudi, Singapura atau Israel akan tetapi musuh utama ialah mentality Melayu itu sendiri !

Kesimpulan
Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk mencetuskan provokasi atau perkauman, akan tetapi lebih kepada menyedarkan diri sendiri dan bangsa. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa sekiranya bangsa itu sendiri gagal melakukanya.Dunia globalisasi akan terus melanda dan membandai setiap segi dalam kehidupan.Mengubah minda,fizikal dan mental amat diperlukan bagi memastikan kita terus kekal dan survive.Janganlah kita meletakan diri dalam kebinasaan meskipun mempunyai masa untuk melakukan perubahan.Jika kita kuat dan sepakat, proses globalisasi adalah alat terbaik untuk kita menjajah negara lain dan sekaligus membina mercu bangsa yang berjaya!

DESIGN YOUR DESTINY