Monday, January 5, 2009

Tangisan Palestin!



Melangkah ke tahun baru 1430H kali ini amat menyedihkan apabila melihat rakyat Palestin dibunuh dan diperlakukan seperti binatang oleh manusia yang berideologikan zionis. Kemana menghilangnya suara 1bilion umat islam seluruh dunia?kemana lenyapnya ego 300 juta bangsa arab?.

Tidakah mereka tahu jelas terpancar di dlm kitab suci Al-Quran melontarkan kandungan bahawa setiap muslim adalah bersaudara?bukankah ia salah satu soalan mungkar dan nangkir dlm kubur nanti?

Sedih mengenangkan akan nasib umat islam pada hari ini, kita telah jauh terpesong drpd suruhan ajaran agama yang sebenar. Dimana OIC dan Liga Arab dalam memberi sinar harapan kepada bangsa Palestin?.

Jelas kita terlalu kerdil walaupun secara statistiknya adalah ramai.Jelas kita terlalu miskin walaupun secara zahirnya adalah mewah.Jelas kita telah lari daripada prinsip yang didokong oleh Rasullah s.a.w.

Maka tidak pelik bin hairan jika ini adalah balasan kepada kita semua.Kita bangga menjadi orang islam secara zahirnya tetapi didalam jiwa kita adalah lemah dan mudah untuk dipermainankan oleh musuh islam

Tidakah kita mengerti, memastikan kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin adalah satu tuntutan dlm beragama walaupun kita tidak berjuang bersama sama mereka, tetapi kita perlu menyimpan rasa didalam hati akan tanggujawab kita kepada mereka.

Maka teringatlah kata2 Sultan Abdul Hamid 2(sultan terakhir empayar uthmaniyah) apabila baginda ditawarkan wang oleh pemodal yahudi bagi mendapatkan tanah di Palestin. Baginda berkata''Palestin bukanlah milikku dan bangsa Arab,Akan tetapi Palestin adalah milik umat islam, Aku tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanahnya kepadamu, Setelah para syuhada menyuburkan darah mereka disitu,Simpan sahajalah wang kamu,Akan tetapi jika kamu masih berminat mendapatkanya maka cincang lumatlah tubuhku ini sebelum kamu boleh memilikinya"

AL FATIHAH UNTUK FISABILLAH

Friday, January 2, 2009

Tahun Baru 2009 &Maal Hijrah 1430H


Masa cepat berlalu tanpa disedari skrg kita berada ditahun 2009 M & 1430H. Pelbagai peristiwa drama kehidupan manusia dipentas alam ciptaan tuhan bakal kita saksikan dan hayati tahun ini. Sebagai mahasiswa yang skrg ini memasuki semester 6@tahun3, sy mengharapkan dapat terus memperbaiki diri serta mendapat hidayah dan petunjuk drpd tuhan dlm menjalani kehidupan yg penuh cabaran.

2008 telah berlalu penuh dengan ragam dan skesta, drpd pilihan raya umum Mac 2008 hingga ke pemilihan Barack Obama sebagai presiden AS, naik turun harga minyak@inflasi,krisis kewangan,pembunuhan orang yang tidak berdosa, konflik manusia dlm menentukan siapa lemah dan kuat dll.

Sama2 kita membuka tirai 2009@1430H dengan sifat memahami,berkasih syg sesama manusia.Sesungguhnya apa yang kita lakukan pada hari ini akan menentukan takdir pada hari esok

MENANTI SINAR GEMILANG 2009