Monday, January 5, 2009

Tangisan Palestin!



Melangkah ke tahun baru 1430H kali ini amat menyedihkan apabila melihat rakyat Palestin dibunuh dan diperlakukan seperti binatang oleh manusia yang berideologikan zionis. Kemana menghilangnya suara 1bilion umat islam seluruh dunia?kemana lenyapnya ego 300 juta bangsa arab?.

Tidakah mereka tahu jelas terpancar di dlm kitab suci Al-Quran melontarkan kandungan bahawa setiap muslim adalah bersaudara?bukankah ia salah satu soalan mungkar dan nangkir dlm kubur nanti?

Sedih mengenangkan akan nasib umat islam pada hari ini, kita telah jauh terpesong drpd suruhan ajaran agama yang sebenar. Dimana OIC dan Liga Arab dalam memberi sinar harapan kepada bangsa Palestin?.

Jelas kita terlalu kerdil walaupun secara statistiknya adalah ramai.Jelas kita terlalu miskin walaupun secara zahirnya adalah mewah.Jelas kita telah lari daripada prinsip yang didokong oleh Rasullah s.a.w.

Maka tidak pelik bin hairan jika ini adalah balasan kepada kita semua.Kita bangga menjadi orang islam secara zahirnya tetapi didalam jiwa kita adalah lemah dan mudah untuk dipermainankan oleh musuh islam

Tidakah kita mengerti, memastikan kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin adalah satu tuntutan dlm beragama walaupun kita tidak berjuang bersama sama mereka, tetapi kita perlu menyimpan rasa didalam hati akan tanggujawab kita kepada mereka.

Maka teringatlah kata2 Sultan Abdul Hamid 2(sultan terakhir empayar uthmaniyah) apabila baginda ditawarkan wang oleh pemodal yahudi bagi mendapatkan tanah di Palestin. Baginda berkata''Palestin bukanlah milikku dan bangsa Arab,Akan tetapi Palestin adalah milik umat islam, Aku tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanahnya kepadamu, Setelah para syuhada menyuburkan darah mereka disitu,Simpan sahajalah wang kamu,Akan tetapi jika kamu masih berminat mendapatkanya maka cincang lumatlah tubuhku ini sebelum kamu boleh memilikinya"

AL FATIHAH UNTUK FISABILLAH

3 comments:

torashah said...

Salam...berita terkini..

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Salam perjuangan.

Panglima Perang Cyber said...

bro sekarang tengah buat sedikit tinjauan utk dibahagikan antara blog blog yang ada dalam senarai..

yang ada logo kira dalam senarai lain dan tak ada logo bpn senarai lain.

harap bro dapat siarkan logo jika masih ingin bersama sama kawan3 kita satu suara satu arah satu akidah..

tq bro...

Troy said...

bro sekarang tengah buat sedikit tinjauan utk dibahagikan antara blog blog yang ada dalam senarai.. yang ada logo kira dalam senarai lain dan tak ada logo bpn senarai lain. harap bro dapat siarkan logo jika masih ingin bersama sama kawan3 kita satu suara satu arah satu akidah.. tq bro...