Friday, November 28, 2008

Militan Dan Agama


Kelmarin dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan di Mumbai India yang setakat ini telah mengorbankan lebih 125 nyawa orang awam yang tidak berdosa. Ia juga menyaksikan beberapa pelancong daripada negara barat menjadi tebusan kepada kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan. Difahamkan bahawa kumpulan militant islam ‘deccan mujahedeen’ mengaku bertanggujawab keatas serangan tersebut

Apa yang saya ingin nyatakan disini bahawa serangan oleh pihak terbabit tidak sewajarnya dikaitankan dengan islam. Ini kerana islam menolak sekeras-kerasnya penganiayaan dan pembunuhan keatas orang awam tanpa mengira apa bangsa atau agama.Serangan yang dilakukan oleh kumpulan militant terbabit lebih cenderung kepada isu politik dalaman antara kerajaan India dan kumpulan pemisahan yang dikatakan mendapat bantuan daripada Pakistan. Maka, tindakan kumpulan tersebut tidak wajar dikatakan berjihad kerana agama.

Sejak serangan keatas World Trade Centre pada tahun 2001, persepsi masyarakat dunia keatas dunia islam semakin buruk. Islam dikaitankan dengan keganasan dan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa. Benar yang membuat pengeboman di London,Madrid,Bali,Pakistan adalah kumpulan militant islam. Tetapi tidak sewajarnya islam dikaitankan dengan itu semua hanya kerana pelakunya adalah orang islam. Agama lain juga mempunyai golongan ekstremis namun agama mereka tidak dikaitan dengan keganasan contohnya IRA di Ireland Utara atau kumpulan yang melakukan serangan gas beracun keatas system keretapi bawah tanah di Jepun pada awal 1990-an.

Bebalik kepada isu asal , kenapa mereka ini sanggup melakukan pembunuhan keatas orang awam? Mereka ini punya agama dan budaya untuk bersifat kasih sayang kepada makhluk tuhan yang lain. Ini boleh dikaitankan dan disebabkan masalah akibat pertembungan diantara tamadun Islam dan Barat yang berlaku serta tidak dapat dinafikan konflik antara Palestin dan Israel yang semakin meruncing tanpa titik noktah. Tindakan atau dasar luar negara barat dalam menyelesai isu di Palestin, serangan keatas Iraq dan Afghanistan serta dasar yang memihak kepada rejim yahudi telah menyebabkan wujud rasa tidak puas hati dan sekaligus mereka terpaksa menzahirkan tindak balas melalui serangan kearah org awam terutamanya drpd negara sekutu Israel seperti AS,UK,Australia dll(walaupun tahu tindakan itu bercanggah dengan agama namun terpaksa dilakukan kerana gagal menemui jalan penyelesaian akibat rundingan yang berat sebelah, dan ia dilakukan kerana hendak menghantar mesej atau mencuri perhatian dunia tentang nasib mereka).Sungguhpun, jelas dalam islam menyatakan berjihad adalah jalan terakhir dan pastinya bukan pilihan utama.

Hari ini juga kita melihat beberapa negara didunia ini menganiayai masyarakat islam seperti yang berlaku kepada saudara islam di Serbia , Thailand , Filipina , Chechnya dll. Mereka dibunuh dan diperlakukan seperti hamba tanpa belas kasihan dan keadilan yang sewajarnya. Ini adalah antara isu yang perlu diselesaikan dahulu selain daripada malapetaka dibumi Iraq dan Afghanistan.Sememangnya umat islam harus dipersalahkan kerana tidak bersatu dan rela dipergunakan oleh kuasa besar bagi agenda mereka.Mereka gagal menghayati isi Al Quran dan Sunnah, maka tidak hairan jika ini balasan drpd Tuhan bagi menginsafkan kita semua.

Fahami hakikat islam tidak pernah menggalakan keganasan keatas orang awam. Bahkan, dalam ajaran islam jelas melarang tindakan tersebut seperti mana yang dinasihatkan oleh Rasullah s.a.w kepada tentera islam yang pergi berjihad agar tidak melakukan kerosakan keatas golongan yang lemah serta tidak berdosa.

STOP 2 HATE , START THE LOVE

Tuesday, November 25, 2008

Otak Melayu


Maka, terbaca sajak karya Allahyarham Usman Awang yang bertajuk ‘Melayu’ antara intipati puisi sajak tersebut menceritakan tentang perihal sifat melayu yang patut kita hayati dan tanya pada diri sendiri apa yang menyebabkan kedudukan org melayu skrg semakin parah dan menuju kearah kebinasaan. Adakah salah org bkn melayu atau bangsa melayu itu sendiri(mentaliti) yang menyebabkan org melayu ketinggalan serba serbi?.Yang pasti Tuhan tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

Lihat sahaja di media tentang masalah akhlak , jenayah , penyakit sosial , dadah , mat rempit dll majoritinya melibatkan org melayu. Tidak malu ke kita bangsa melayu yg menjanjung tinggi nilai ketimuran dan islam kini dijangkiti penyakit akhir zaman yang pasti menjerumuskan nilai dan maruah bangsa kearah kehancuran.

Sudahlah ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, lebih malang lagi pemimpin bangsa bersifat acuh tak acuh tentang hal yang melibatkan bangsa. Tidak kira samada UMNO, PAS, PKR atau NGO seharusnya duduk semeja dan sepatutnya melupakan sebentar sengketa demi bangsa dan negara. Tetapi malang perkara ini tidak berlaku, mereka lebih rela bercakaran dan menuduh sama lain demi sedikit kepentingan politik. Masing masing sibuk menjaga imej dan ego mereka daripada tanggungjawab kepada saudara sebangsa dan seagama.Bilakah agaknya kita dapat belajar dan mengambil teladan akan kesannya kepada bangsa? Belajarlah drpd persengketaan antara Hamas dan Fatah yang jelas membawa kehancuran kepada masyarakat Palestin.

Buka dan baca buku sejarah tentang sejarah bangsa, bagaimana bodoh dan lemahnya org melayu kena jajah oleh British melalui air liur sahaja. Kita kena ingat British datang menjajah tanpa perlu bermatian-matian seperti Jepun dtg ke Tanah Melayu. Dengan mengambil kesempatan atas konflik gila kuasa pemimpin melayu, mereka dapat menjajah dengan cara yg mudah dan betapa susahnya pejuang bangsa menentang penjajah, mereka dibunuh dan dipenjara oleh penjajah hanya kerana ingin memartabatkan maruah agama dan bangsa. Perlu kita ingat bahawa British tidak berani campur tangan dalam urusan atau hal melibatkan agama dan bangsa seperti yang kita hadapi sekarang daripada pihak luar.

Belajarlah daripada sejarah dan jangan kita kita biarkan ia berulang dan membelenggu generasi akan datang. Kita kena belajar memahami bangsa lain jika berkehendakan mereka memahami kita juga.Disini diselitkan sajak karya Allahyarham Usman Awang untuk renungan dan iktibar;

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

KORANG FIKIR LAH SENDIRI

Friday, November 21, 2008

YB oh YB!

I was having this discussion with my professor a few months ago on the present condition of the political arena in the country. I was throwing a lot of ideas to her about the philosophy of the political landscape. Why do we adore the politicians , YB ( Yang Berkhidmat) so much, treat them like Godlike sometimes, an enigma, out of this world person when they do have the same blood as us, have tears and sweat as stink as us.

I remembered a situation in the rural village sometimes where the village ketua kampong (headman) would organize a feast whenever the YB is coming?. It’s like the Messiah is coming to village to save the village from their sorrow and sufferings. The best cook and dishes will be feast upon the YB and his fellow man. Isn’t the village have enough sufferings and sorrow of their own, spared of their own free time and money just to feast a YB for a few hours. It’s looks like the YB have become the Messiah who have to be treated like Godlike and a person out of this world.

I am not objecting to such occasion, but only the philosophy and the basis of a YB being elected by its people. ‘Wakil rakyat’ are supposed to be the servant of the people (rakyat) and not the other way around. Perhaps the idea of having a YB is just a position to replace the interdependent of the Malay culture towards their kings. It’s a kind of continuity of the past Malay folk who wish to treat the YB as the descendents of the Kings.

My lecturer throwing me a brilliant ideas that why not we replace the dishes to salted fish (ikan kering). Sounds funny but it’s practical. Besides, do we honestly think that the YB eats those village food at his home or work?. Maybe the conversation would sound like this ‘Bon appetite Tuan YB, we have gulai kawah, sayur ulam n acar for tuan YB today, hope that tuan YB can do something on the rocky road to this village, the election is just around the corner, maybe we can make you smile a bit longer this term’. Absolute power corrupts absolutely…=)

YANG BERKHIDMAT

Monday, November 10, 2008

Rancangan Yahudi dan Krisis Ekonomi


Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi Tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat ini ialah USD400 billion.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang dipercayai diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi.

WALLAHU'ALAM..

Sunday, November 2, 2008

Dilema Graduan


Saban hari, kita terdengar tentang isu mahasiswa menganggur dan sukar mendapat pekerjaan. saya juga antara ribuan mahasiswa yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan undang-undang yang telah diperoleh di uum baru-baru ini. Mahasiswa sering dipersalahkan memilih kerja dan tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris merupakan punca lambat mendapat pekerjaan serta tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam kursus yang diceburi.

Namun, adakah senario yang disebutkan di atas merupakan perkara yang sebenar berlaku di dunia sebenar?...pada pendapat saya yang biasa ini, ini boleh dikatakan berpunca daripada intipati faktor-faktor yang disebutkan di atas dan juga perkara lain yang menjadi faktor luaran dan dalaman. faktor luaran ini seperti pasaran perkerjaan, kursus yang diceburi tidak mempunyai nilai pekerjaan yang baik atau kursus yang bukan bersifat profesional seperti undang2, kedoktoran, akaun, seni bina, kejuruteraan dsb. ditambah juga dengan kecenderungan para majikan dan syarikat yang meletakkan syarat pengalaman kerja yang lebih dari 3 tahun dan ke atas bagi sesuatu kerja menyukarkan para graduan yang baru keluar dari 'kilang' mereka menjadi satu produk yang sempurna.

Faktor dalaman juga terdiri daripada sikap graduan atau pencari kerja itu sendiri yang tidak menyiapkan dan membekalkan diri mereka dengan ilmu yang cukup atau yang sewajarnya bagi menempuh alam pekerjaan. sebagai contoh, sebelum pergi ke mana2 temuduga, para pencari kerja sepatutnya sudah melakukan sedikit kajian tentang teknik menghadiri sesebuah temuduga. malah, perkara yang lebih asas iaitu cara-cara membuat 'resume' dan 'cover letter' sepatutnya sudah menjadi kemahiran yang perlu dimahiri sejak di menara gading lagi. ini merupakan kesalahan di pihak graduan sendiri, tidak perlu menyalahkan pihak lain kerana graduan sepatutnya sudah boleh berfikir jauh tentang kemahuan dan masa depan mereka sendiri. tepuk dada, tanyalah selera...

Malah, terdapat juga para graduan yang masih tidak tahu di manakah medium yang sewajarnya untuk mencari pekerjaan seperti jobstreet, jobsdb.com, jenjobs.com, jawatankosong.com.my, suratkhabar, majalah, kenalan dan sebagainya.

Jalan penyelesainnya terletak di bahu para graduan itu sendiri pada akhirnya. mereka adalah golongan terpilih daripada berpuluh puluh ribu remaja yang telah berjaya menjejak kaki dan berpeluang belajar di menara gading. antara syor-syor yang boleh dijalankan ialah mencari kursus-kursus latihan jangka pendek yang dijalankan oleh TM seperti Cibec, Pusat Tenaga Rakyat atau menjalanan perniagaan sendiri.

Kita adalah tuan kepada nasib kita sendiri, kita yang memilih sama ada kita mahu berjalan ke kiri, ke kanan, ke belakang, ke depan atau tidak ke mana-mana. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Tuhan, dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri...Amin


Mohd Iwaz Abd Hadi
LLB(Hons)UUM 2004-2008
Gombak, Selangor

DUNIA OH DUNIA!