Sunday, November 2, 2008

Dilema Graduan


Saban hari, kita terdengar tentang isu mahasiswa menganggur dan sukar mendapat pekerjaan. saya juga antara ribuan mahasiswa yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan undang-undang yang telah diperoleh di uum baru-baru ini. Mahasiswa sering dipersalahkan memilih kerja dan tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris merupakan punca lambat mendapat pekerjaan serta tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam kursus yang diceburi.

Namun, adakah senario yang disebutkan di atas merupakan perkara yang sebenar berlaku di dunia sebenar?...pada pendapat saya yang biasa ini, ini boleh dikatakan berpunca daripada intipati faktor-faktor yang disebutkan di atas dan juga perkara lain yang menjadi faktor luaran dan dalaman. faktor luaran ini seperti pasaran perkerjaan, kursus yang diceburi tidak mempunyai nilai pekerjaan yang baik atau kursus yang bukan bersifat profesional seperti undang2, kedoktoran, akaun, seni bina, kejuruteraan dsb. ditambah juga dengan kecenderungan para majikan dan syarikat yang meletakkan syarat pengalaman kerja yang lebih dari 3 tahun dan ke atas bagi sesuatu kerja menyukarkan para graduan yang baru keluar dari 'kilang' mereka menjadi satu produk yang sempurna.

Faktor dalaman juga terdiri daripada sikap graduan atau pencari kerja itu sendiri yang tidak menyiapkan dan membekalkan diri mereka dengan ilmu yang cukup atau yang sewajarnya bagi menempuh alam pekerjaan. sebagai contoh, sebelum pergi ke mana2 temuduga, para pencari kerja sepatutnya sudah melakukan sedikit kajian tentang teknik menghadiri sesebuah temuduga. malah, perkara yang lebih asas iaitu cara-cara membuat 'resume' dan 'cover letter' sepatutnya sudah menjadi kemahiran yang perlu dimahiri sejak di menara gading lagi. ini merupakan kesalahan di pihak graduan sendiri, tidak perlu menyalahkan pihak lain kerana graduan sepatutnya sudah boleh berfikir jauh tentang kemahuan dan masa depan mereka sendiri. tepuk dada, tanyalah selera...

Malah, terdapat juga para graduan yang masih tidak tahu di manakah medium yang sewajarnya untuk mencari pekerjaan seperti jobstreet, jobsdb.com, jenjobs.com, jawatankosong.com.my, suratkhabar, majalah, kenalan dan sebagainya.

Jalan penyelesainnya terletak di bahu para graduan itu sendiri pada akhirnya. mereka adalah golongan terpilih daripada berpuluh puluh ribu remaja yang telah berjaya menjejak kaki dan berpeluang belajar di menara gading. antara syor-syor yang boleh dijalankan ialah mencari kursus-kursus latihan jangka pendek yang dijalankan oleh TM seperti Cibec, Pusat Tenaga Rakyat atau menjalanan perniagaan sendiri.

Kita adalah tuan kepada nasib kita sendiri, kita yang memilih sama ada kita mahu berjalan ke kiri, ke kanan, ke belakang, ke depan atau tidak ke mana-mana. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Tuhan, dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri...Amin


Mohd Iwaz Abd Hadi
LLB(Hons)UUM 2004-2008
Gombak, Selangor

DUNIA OH DUNIA!

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih bro kerana sudi menyiarkan pendapat aku yang x seberapa ini ok...

aku akan sampaikan lagi idea2 aku di masa terdekat ini ok...=)

Anonymous said...

mcm karangan SPM jer.....

Anonymous said...

yang penting isi dan mesej bkn gaya penulisan k..

Anonymous said...

tulis cam bdak2 skema..
org klu yg bgs..
tulis cam rencana..
p baca tulisan org bijak pandai..

"mcm karangan SPM jer.....

November 3, 2008 7:04 AM"

ak rase pn cam tu..
huk3..

Anonymous said...

hehe..
nampak kne pencen awl la bro kite ni..

Anonymous said...

wahai teman-teman yang terdidik lagi berpendidikan... sebagai seorang yang bergelar maha+siswa, sepatutnya kematangan dari sudut ilmu itu wajar ada.

setiap apa saja yang kita tidak puas hati ataupun kurang berkenan mari kita tegur dengan cara berhikmah.. bukankah dalam Islam sendiri menyuruh umatnya agar menegur dengan penuh hikmah?

rakan-rakan gunakan akal yang sihat kerana ALLAH memberikan kita akal unutk kita berfikir tambahan lagi rakan-rakan semua adalah penuntut IPTA yang mesti mempunyai fikiran yang tip top.

sekiranya tidak puas hati tegur secara berhikmah dan bantu mencari penyelesaian barulah kita dikatakan seorang yang berguru...

wallahua'alam