Wednesday, September 17, 2008

Anak Yatim

Minggu lepas DPP Bank Rakyat UUM ada membuat majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim drpd rumah anak yatim Kulim di Dewan Bukit Kachi , melihat gelagat dan cara anak2 yatim tersebut maka teringatlah nostalgia zaman kanak2 dahulu

Sy adalah seorg anak yatim setelah kehilangan ayah ketika berusia 7 tahun , pada ketika itu sy mempunyai seorang abang,kakak dan adik perempuan(telah kembali menemui pencipta pada tahun 1999 setelah bertarung dgn penyakit kanser otak).Ayah telah kembali kerahmatullah pada 16 mac 1993 bersamaan 23 ramadhan 1413H(seminggu lg naik nak raya) masih jelas diingatan hari pengebumian arwah ayah adalah hari terakhir sekolah berikutan esoknya adalah permulaan bagi cuti hari raya dan bayangkanlah ketika hari raya tanah kubur ayah masih merah lg.

Semasa disekolah dahulu , tiap kali bulan ramadhan maka anak2 yatim adalah golongan yg selalu diberi perhatian dan masa itu lah byk pihak seperti sekolah , badan2 kebajikan akan memberi sumbangan bagi menceriakan sedikit kehidupan golongan ini.Tidak terkecuali adalah sy dan arwah adik yg selalu mendapat sumbangan wang raya drpd pelbagai pihak.Disini sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yg pernah membantu golongan ini,jasa dan budi anda tuhan akan membalas dengan berganda2 kebaikan.Sejak kecil sy berharap satu hari nanti , sy akan dapat menjadi orang yg memberi bukannya yg menerima sumbangan.Insyalah..

Kelebihan yg ada pada anak yatim ini bukan calang2 kerana sejarah telah membuktikan bahawa ramai anak yatim adalah org yg berjaya dlm bidang masing2 contohnya manusia paling hebat di dunia Nabi Muhammad s.aw adalah anak yatim serta tidak lupa nama2 di Malaysia seperti Tun Ghafar Baba , Sudirman Hj Arshad , Lim Goh Tong dan ramai lg adalah contoh anak yatim yg berjaya dalam bidang masing2 dan mempunyai imej yg tersendiri.

Tidak mustahil sy akan berjaya seperti mereka satu hari nanti.Dengan pengalaman berdikari sejak kecil , semangat tidak penah putus asa dan sudah biasa dengan kesusahan,Maka sy berdoa agar 1 hari nanti dapatlah sy penuhi impian dan cita2 sy sejak kecil iaitu menjadi usahawan seperti Bill Gates,Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dll tidak terkecuali kisah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yg sentiasa memberi aspirasi kpd sy tentang kehidupan , bagaimana mendiang seorang anak yatim yg tidak tahu menulis dan membaca sehingga mati mampu mewujudkan beribu peluang perkerjaan melalui jenama motosikal Boonsiew-Honda.

TANGAN YG MEMBERI LEBIH MULIA DRPD YG MENERIMA

5 comments:

Anonymous said...

SALAM
erm..nice la blog ni..
kisah benar,..jujur dan berterus terang,..
harapan dan doa moga impian awk akan jd kenyataan.

Anonymous said...

Ingin mengenal erti kehidupan sebenar, memerlukan masa, peluang dan ruang. Suka di sini menyatakan bahawa syukurnya, sekiranya hidup masih lagi tidak kesorangan, masih ada yang sejati menyayangi kita. Khasnya ibu dan ayah tersayang. Kepada yang masih ada masa, peluang dan ruang, semua ini tidak pernah menunggu kita, luangkanlah masa secukupnya agar tidak menyesal disuatu masa yang bakal tiba. Kepada yang telah diambil kesempatan ini, luangkanlah dengan berdoa agar bahagia mereka ini. We re cannot assumes what be occur tomorrow, maybe our fate will be well or not. If u re assumes, we re have so many time to do something, u re definitly wrong.

Anonymous said...

salam.....berjaya juga aku jumpa blogspot mu....

crita kita lebih kurang sama.....bapak aku pun da meninggal dunia.....

and then 2 adik beradik ku pun telah meninggal dunia.......

aku pun anak yatim juga.......

farhana ann said...

tq for visiting my blog =)

hey,
the love of our parents will never fade,even if they're not around. =)

cheer up.

Anonymous said...

huhuhu