Monday, September 1, 2008

Ramadhan

Sahur pagi tadi hanya makan maggi asam laksa dan minum milo, terasa sangat perbezaan jika berada di rumah dimana ibu akan memasak makanan yg enak dan lazat pada waktu berbuka atau sahur dan tentu kita makan dgn penuh berselera.Jika difikirkan mahu melinang air mata , ini adalah kali ketiga menyambut ramadhan di UUM sejak tahun 2006,teringat lagi masa sem 1 dimana pada waktu itu mmg suma kelas abis waktu ptg.Lepas abis kelas jam 6.30 ptg pegi smbyg asar jap kmudiannya baru balik kolej.Selalunya beli dan makan trus di cafe kolej dan masih terkenang lagi waktu itu berbuka sorang-sorang di cafe kerana mmg tak suka beli bungkus dan mkn di bilik.

Tahun ini situasi mungkin sama sebab jadual kuliah ada kelas ptg.Semester ini juga menyaksikan saya menjadi "tokey" dengan menjalankan "beberapa part time job" seperti menjadi penjual dan pengedar keronsang,key chin,nasi lemak dan mgkn dlm masa terdekat ini jual kuih raya atau tudung.Rezeki di bumi tuhan luas dan org lelaki mmg patut pandai mencari rezeki kerana ia merupakan tanggungjawab atau syariat agama lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga

Setiap kali ramadhan menjelma pasti teringat akan cerita zaman kanak2 dulu dimana ibu akan memberi "rasuah" rm1 jika berpuasa setiap sehari serta tidak boleh makan bersama2 pada waktu berbuka jika tidak berpuasa pada hari tersebut.Masa itu juga mungkin kita tak faham apa itu tuntutan berpuasa dlm agama,kita berpuasa mgkn sebab takut dimarahi ibu,takut ditangkap jika makan diluar dan dimomokan jika tak berpuasa "no duit raya" dll.Tapi skrg kita sudah dewasa dan faham bahawa berposa ialah tuntutan dan wajib dlm agama.

Sy berdoa dan mendambakan agar ramadhan tahun ini akan membawa seribu erti tentang keimanan,kemanusiaan dan kasih sayang.Untuk sahabat2 khususnya di DPP Bank Rakyat dan UUM diucapkan selamat berpuasa dan bersahur!

RINDU MASAKAN IBU

6 comments:

Syukriya said...

Raya still dpt duit raya beb..xkira la posa penuh ke x..haha..nnt balik umah, leh posa seminggu ngan famili, dun wori..

Anonymous said...

Salam, pasal apa lar mkn maggi asam laksa dgn milo jer..kalau aku dulu bujang mcm kau kat UUM at least makan nasi putih, lauk sayur atau ikan..baru berapa ringgit jer..

AkuOrangLama: Beza sungguh UUM zaman aku dulu

Anonymous said...

harga brg suma dh mhl..bygkn hrga sebgkus maggi da nk..sama ngn nsi lemak

Anonymous said...

Yer..mmg harga maggi dah naik mendadak..sekarang ni sebungkus maggi kari RM3.80 atau paling murah RM3.60 kalau ada promosi ker apa ker..

dulu maggi kari (tahun 2000-2005) RM2.50-2.70 boleh dapat lagi..

AkuOrangLama: Baik mkn burger

Anonymous said...

hrga burger dah melambung lbh rm 2da sama ngn kos makan tghari ari ms 2006 kt uum

Anonymous said...

betul..memg akan rindu masakan umi..
berbuka n bersahur kt hostel memg berbeza dgn kt umah..huhu..rindu kt family..tggu anakanda pulang yer..=p