Friday, September 5, 2008

Kisah Sebuah Jam

RM10 shj murah beb!

“Tiada makna memiliki jam yg berharga mahal jika tidak tahu untuk menghargai masa”.itu adalah petikan drpd kata2 Tun Dr Mahathir satu masa dulu.Kisah bermula,pada hari sabtu yg lps sy telah pergi ke psr mlm Bukit Kachi yg terletak dibawah blok penginapan sy di DPP Bank Rakyat UUM. Ketika memilih makanan utk dibeli , sy telah terpandang kearah satu gerai yg menjual jam disitu , lantas melangkah pergi ke gerai tersebut dan sememangnya byk jam yg cantik2 dan ‘smart’ yg dijual disitu.

Memikirkan sy telah lama tidak memiliki jam tangan, maka terdetik di dalam hati utk membeli dan memilikinya.Apa yg menarik ialah harga jam yg dijual disitu hanya RM10 melainkan jam G-Shock yg berharga RM25.Dan setelah lama membuat pilihan dek kerana rambang mata , sy telah membuat keputusan utk membeli jam tangan yg berjenama Tag Heuer” dengan harga RM10.

Kesimpulanya , walaupun sekadar RM10 tetapi jasanya tidak ternilai kerana mengingatkan kita tentang betapa berharganya masa dalam kehidupan manusia.Mungkin RM10 bagi sesetengah org hnya nilai duit ‘prepaid’utk beberapa minit, tmbg bas pergi blk Alor Star dll.Tetapi bagi sy nilai RM10 yg dibelanjakn kali ini cukup berbaloi dan bernilai , memetik kata pujangga “Yang jauh itu bukan bulan,matahari,bintang mahupun planet pluto tetapi seminit yg telah berlalu,Yang tidak mungkin dpt dicapai buat selama-lamanya”

SUMPAH SAYA SAYANG JAM INI

5 comments:

Anonymous said...

nice story n blog bro..

Anonymous said...

Yang penting itu isi bukan bentuk...sejauh mana cantiknya dan mahalnya sesebuah jam...jika tidak mampu berfungsi seperti fitrahnya, bolehlah ia dikatakan seperti gajah putih

Ajeem said...

salam kawan,saya dah add blog kamu di link blog saya...cuma saya sarankan selalulah update blog kita sebab setiap blogger mempunyai pembacanya tersendiri.k

Anonymous said...

masa?...ada yang mengatakan bahawa masa itu emas?...apakah maksudya?..masa tu sama nilainya dengan emas?..persoalannya bolehkah masa itu dinalai dengan emas?...bukankah permata, zamrud, nilam, delima lebih bernilai dari emas?..akan tetapi mengapa masa disamaertikan dengan emas?...

seperti komen saya sebelum ini yang mengatakan tentang fitrah sebuah jam. adakah kita cuba memasukkan unsur2 negatif kepada pemakai jam yang mahal dengan mengatakan bahawa pemakai jam sebegini hanya mementingkan bentuk tetapi tidak isi?...

pada pendapat saya, faktor pemakaian jam tidak menjadi faktor utama kerana walaupun tujuan asal pemakaian jam adalah untuk menunjukkan masa, akan tetapi ia telah berevolusi menjadi identiti, jenama, alat untuk menunjukkan status, keyakinan, kuasa dan satu bentuk perniagaan. memang tidak salah memiliki jam yang mahal asalkan tahu menghargai dan menjaga jam2 ini..

berbalik kepada persoalan masa pula, saya tertarik pada komen penulis bolg tentang kepentingan masa pada masyarakat kita amnya. saya rasa para pembaca juga pernah mengalami pengalaman yang serupa..

situasi 1...perhentian bas...oleh kerana kenaikan harga minyak di pasaran dunia, ironinya negara mengalami kerugian walaupun negara kita adalah pengeluar minyak...lu fikirlah sendiri...kegawatan ini memaksa penduduk yang tinggal di bandar seperti kl seperti saya dan berpuluh ribu wargakota mengubah cara hidup mereka dan mula membanjiri stesen2 bas dan lrt...fenomena ini menyebabkan wargakota terpaksa menganggung risiko akan masa yang bakal terbuan g menunggu bas yang tidak bakal kunjung tiba...sepatutnya, di atas kebanjiran warga kota ini di stesen2 bas, pihak kerajaan dan pengusaha bas seharusnya lebih peka dan cekap dalam mengambil kesempata n ini untuk membaiki mutu perkhidmatan bas awam di negara kita...saya menaiki lrt dari klcc setiap hari bekerja pada pukul 5-6 petang dan menanti bas di hentian taman melati apabila tiba, akan tetapi bas hanya akan sampai pada hampir pukul 7. saya pernah menunggu hampir satu jam untuk sebuah bas tiba...bayangkan masa yang terbuang di perhentian bas sahaja..

situasi 2...menghadiri sesebuah majlis atau keramaian merupakan sebuah lagi contoh majlis menunggu...menunggu polan bin si polan..menunggu yb A, tan sri B, Dato XYZ...malahan, jika majls dikatakan bermula 8.30 malam, masih ada lagi insan2 yng hadir pada pukul 9 dan 9.30 malam....bosannya menunggu...betullah orang kata, penantian itu satu penyiksaan...aduh...

masa kepada bangsa maju seperi orang jepun adalah seperi darah dan nyawa mereka. mereka sangat menghormati masa dan menyanjung tinggi insan yang menghargai masa. jika majlis bermula pada 6.30 petang, mereka akan hadir sekurang-kurangnya 20-30 minit awal bagi menghormati orang yang menjemput mereka...

fikir2 kanlah...

`

Mohd Norizzuan said...

tq kpd mohd atas komen yg memang menusuk kalbu kepada pihak2 yg berkenaan-sapa mkn cili dia rasa pedas k