Sunday, September 14, 2008

Bahasa Inggeris


"Kerajaan akan menyemak kembali dasar pembelajaran matematik dan sains dlm bahasa inggeris"
itulah adalah antara intipati dalam akhbar berberapa hari yang sudah.Maka terasa pula sy untuk memberi ulasan dan pengalamn sepanjang menjadi pelajar sekolah pada thn 1993-2005 bermula drpd darjah 1 hingga tingkatan 6 atas berkenaan bahasa inggeris dalam perspektif hidup sy seorang anak melayu yg dibesarkan dlm persekitaran yg tidak mementing bahasa asing dlm kehidupan.

Sy dibesarkan didalam kawasan yg bermajoriti melayu iaitu di Pekan Jabi dalam daerah Segamat,Johor yg terletak 3km daripada bandar.Rata2 sahabat sy adalah anak petani , peniaga, kakitangan awam dll.Sepanjang persekolahan di sekolah sy lemah dalam bahasa inggeris dan matematik tetapi tidak pada matapelajaran yang lain seperti perdagangan,sains,geografi,sejarah dll.Setiap kali ujian penggal semester adalah sesuatu yg wajib mendapat tanda merah dalam matematik dan bahasa inggeris pada 'report card'.Tidak malu untuk saya menyatakan keputusan kedua2 subjek ini pada peringkat UPSR,PMR dan SPM hanya mendapat cukup makan sahaja.

Disini bermula ceritanya,pada ketika menunggu keputusan SPM keluar sy telah berkerja sementara dgn mak long iaitu kakak kepada ibu sy , disebuah kedai makan pada waktu pagi dari jam 7-12tgh hari.Pada ketika waktu ptg sy tiada ada apa2 aktiviti yg hendak dilakukan.Memikirkan pada sebelah ptg tiada apa yg hendak dilakukan sy lantas berfikir dan mengambil keputusan untuk belajar bahasa inggeris bagi kelas dewasa di sebuah pusat di bandar.Tempat ini menyediakan pembelajaran bahasa inggeris utk org dewasa dengan byrn rm60 sebulan, sy masih ingat lagi org mengajar kelas ini adalah pensyarah Kolej EDI Melaka membuat kerja 'part time' 2 kali seminggu mengajar bahasa inggeris disebelahnya pagi di Uni Tun Hussein Onn, Batu Pahat(utk pensyarah) dan sebelah ptg ke Segamat(utk dewasa)

Sepanjang 6 bulan tempoh pembelajaran, sy dapat merasakan bahawa tahap penguasaan bahasa inggeris bertambah baik berbanding tempoh persekolahan drpd darjah 1 hingga tingkatan 5 , disini antara sebabnya sy merasa begitu;

1.Semasa disekolah guru terpaksa menggunakan bahasa malaysia dlm pembelajaran bahasa inggeris bg memahamkan pelajar.

2.Kurangnya proses komunikasi dalam bahasa inggeris didalam kelas , bayangkan dengan hanya enam jam seminggu dlm kelas tidak memungkinkan penguasaan yg baik terutama bagi mereka yg bkn meletakan inggeris sebagai bahasa utama.

3.Persekitaran yg ditidak menggalakan atau mementingkan bahasa inggeris dlm kehidupan seharian dan ramai ibu bapa tidak kisah anak mereka lemah dalam bahasa inggeris

4.Pelajar kurang diberi pendedahan akan pentingnya bahasa inggeris bahkan ramai juga guru yg mengaku lemah dlm bhsa inggeris

5.Mentaliti selesa dgn bahasa ibunda dengan menganggap tanpa menguasai bahasa asing pn tidak mengapa

6.Belajar setakat untuk peperiksaan sahaja dan bukan untuk diaplikasikan dlm kehidupan

Pada tahun 2004-05 sy memasuki tingkatan 6 , berbekalkan penguasaan inggeris yg semakin baik sy berjaya mendapat Band 3 dengan markah 171 iaitu kurang 9 markah lg utk mendapat Band 4,kesan hanya 6 bulan proses pembelajaran kelas dewasa tersebut dan setahun bagi peperiksaan MUET.Tahun 2006 sy terpilih utk memasuki UUM dalam program Ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa(kursus yg meletakan penguasaan bahasa inggeris yg baik sebsgai syarat kemasukan).

Percaya atau tidak,bagi program ini pelajar bumiputera adalah minoriti berbanding non bumi dan pelajar asing drpd China,Timur tengah,Afrika dll.Sebab utama , program ini tidak popular dikalangn pelajar bumiputera adalah kerana 100% dlm inggeris dan banyak matematik.Nampaknya pelajar bumputera selesa dengan mentaliti nak yg senang dan tak nak yg susah dari dulu sampai skrg.

Sepanjang di UUM sy merasakn penguasaan inggeris bertambah baik bebanding sebelum ini kerana kesan pembelajaran 100% inggeris dan peluang bercampur dengan pelajar asing dlm kelas dan tugasan berkumpulan, walaupun kelihatan pada mulainya agak susah lebih2 lg masa peperiksaan kerana perlu menjawab esei panjang wajib dalam bahasa inggeris kebiasaanya antara 8-12 muka surat.Skrg ini sy sudah berada ditahun ke-3 dan merasakan tiada masalah dengan bhsa inggeris dlm proses pembelajaran mana2 subjek di universiti berbanding sebelum ini.

Kalau dikenang zaman sekolah mahu tersenyum dibuatnya lebih2 lg apabila melihat soalan2 UPSR,PMR dan SPM ,maka terdetiklah "macam mana lah aku tak boleh dpt bagus dlm bahasa inggeris padahal soalan senang sahaja",jawapannya mudah sebab sy tidak berapa faham maksud dan kehendak soalan berikutan penguasaan inggeris yg lemah kesan daripada mentaliti dan persekitaran yg tidak menyokong

Kesimpulannya bahasa inggeris dan lain2 bahasa mesti dikuasai dan dipelajari sebagaimana orang eropah belajar bahasa arab sebelum mereka maju dan mencetuskan zaman revolusi perindustrian.Kita perlu menjadi seperti org Jepun belajar bahasa asing bkn untuk mengagung-agungkan tetapi utk mencuri ilmu dan teknologi.Sehingga hari ini sy masih belajar menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik agar dapat mencuri sesuatu ilmu bagi meningkatkan martabat diri,agama,bangsa dan negara!

MEMANFAATKAN ILMU LEBIH PENTING BERBANDING BAHASA APA YG DIGUNAKAN SEMASA MENDAPATKANYA

5 comments:

Unknown said...

i thank you for being a true Malaysian, once agian, thanks bro.

you and i can make the difference

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

aku setuju sangat dengan pendapat kau ni..

komen kau pun menarik. masalah berbahasa inggeris ini bukan satu masalah yang utama, masalah yang utama ialah apabila bahasa inggeris ini digunakan untuk mempelajari mata pelajaran lain seperti sains dan matematik. perkara ini bukan sahaja melibatkan masalah kaum melayu semata-mata, tetapi juga semua kaum.

saya bukan hendak mendabik dada atau dalam erti kata lain, angkat bakul sendiri tapi saya pernah mendapat band 5 dalam peperiksaan MUET saya dahulu. Walaupun saya seorang pelajar Melayu dan dari sekolah swasta semasa di tingkatan 6 dahulu, namun saya merupakan wakil tunggal di sekolah mengambil peperiksaan MUET tersebut yang mendapat pencapaian ini. pada waktu tersebut saya hanya menumpang di sebuah sekolah kerajaan di batu lintang, kuching, sarawak.

tujuan saya menyatakan sedemikian adalah untuk membuktikan bahawa orang melayu juga boleh berjaya dan menguasai bahasa inggeris dengan baik jika kita betul2 berusaha dan mempunyai minat yang mendalam. jati diri kita sebagai apa bangsa pun tidak akan terhakis apabila kita mempelajari bahasa inggeris ini asalkan kita membuang rasa malu dan kekok mempelajari bahasa inggeris ini. bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

akan tetapi saya bukan ingin mengagung-agungkan bahasa asing ini , tetapi hanya ingin menyatakan akan kepentingan mempelajari bahasa ini. saya bersetuju dengan penulis blog ini bahawa kita tidak mempelajari bahasa inggeris ini untuk menggantikan bahasa dan budaya kita. akan tetapi lebih kepada satu medium atau wadah untuk mempelajari ilmu baru...


berbalik kepada persoalan penggunaan sains dan matematik dalam bahasa inggeris, saya sangat2 tidak bersetuju dengan pelaksaaan idea tersebut. kemahiran berbahasa dan logik dalam bidang matematik adalah dua bentuk kepandaian yang berbeza. barangkali ini adalah satu lagi bentuk eksperimen hangat2 tahi ayam oleh kementerian pendidikan. kemahiran berbahasa memerlukan kepandaian dari segi nahu kata, tatabahasa, struktur ayat dan sebagainya yang lebih bersifat subjektif. manakala dalam bidang sains dan matematik, kemahiran yang diperlukan adalah lebih kepada kebolehan untuk berfikir sesuatu secara logik akal semata mata. titik pertemuan di antara dua ini adalah sangat tidak tepat jika cuba diaplikasikan dalam pembelajaran sains dan matematik...dalam erti kata kasarnya, tak faham bahasa!...

ambil contoh mudah, jika pak pandir ingin mengajar lembunya pandai berbahasa inggeris, perlukah pak pandai memakaikan kot pada lembunya itu untuk menjadikan lembunya pandai berbahasa inggeris?..maksudya, lembu itu tidak pandai berbicara apatah lagi berbahasa inggeris...jadi jika lembu itu dipakaikan kot, adakah lembu itu akan tiba2 pandai berbahasa inggeris walaupun berutur pun tidak mampu?...pelik tapi benar..

Anonymous said...

sy nak bertnya betulkah untuk grad sy perlu mendapat band 3 dlm muet??sy da 2 kali amik muet tp still dpat band 2.pe yg perlu lakukn??skrg sy di tahun 2 program ijazah

skyputra said...

nk tanya,kelas bahasa inggeris di segamat kat mane ye?TQ