Friday, December 12, 2008

New Capitalist

The Western Orientals had made detailed research about a scripture composed by Ibnu Khaldun, titled Al Muqaddimah and thus had translated the contents to their own language. However, they have misinterpreted Ibnu Khaldun actual meaning of economics system and as a result, arise two groups that had contrary opinion, namely Socialist and Capitalist. Each applied Ibnu Khaldun’s scripture as a reference and support to economics systems they are fighting for.

Socialist system is leaned to Ibnu Khaldun when he explained wealthier citizen responsibility toward the poor. The system’s devotee continuously concluded that their system is the best solution of unfairness in dividing the material of wealth among citizens. Therefore, they persevere at exterminating the rich citizen in order to generate status of equality in economy, whilst the dividing of family heirloom is dispelled.

On the other hand, Capitalist system is supported by Ibnu Khaldun’s statement of freedom in seeking wealth. The sole mistake to this system’s devotee is they merely promised voluminous share towards wealthy citizen to the extent of the rich getting richer and the poor getting poorer until the very existence of caste and feudal system in the societies. Karl Marx whose happen to lives in this frayed surrounding able to structured an action to claims justice in which he introduced Socialist system which had resulted in revolution(fight) against wealthy group in societies

These new systems had cheat developing countries and Third-World countries with the ‘economy beyond boundaries’ or ‘free and unrestricted economy’ concept which obviously benefited the modern countries such as United States, Britain, and the like.

This Economic Globalization is very dangerous because of its original purpose; evil plan that is 20-80 theory. This theory can be defined as 20% of world’s societies will became rich and they are consist of modern countries and certain people in Third-World countries and developing countries, whereas the 80% of world’s societies will continue to be economically incapable, whose consist of Third-World and developing countries

To put this theory to practical, hence the powerful counties in this world exploited fully the use of mass media. Through it, the United States propaganda and its allies can be distributed until other countries proud with the strength they possessed. At the same time, be born the cowardly generation whose feared to confront United States. The proof that the mass media is in their grasp is what we can see in every countries in the world. Whatever that is aired are almost similar and toward the mould of thinking that supports their every wills and wants.

OH MONEY!

Tuesday, December 2, 2008

Mencari Keadilan dan Keamanan

Tradegi di Mumbai sudah berlalu dan kini ia meninggalkan kesan kepada mangsa eksiden tersebut.Disini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit. Sesungguhnya semua insan didunia ini tanpa mengira apa agama dan bangsa ingin melihat dunia ini aman dan damai tanpa sebarang persengketaan.

Kesan serangan tersebut sudah pasti melebarkan dan memperluaskan tanggapan bahawa peperangan agama sedang berlaku diantara Islam dan bukan islam. Artikel ini saya sebelum ini, ada mengungkapkan bahawa tidak benar sama sekali bahawa Islam atau mana mana agama menggalakan keganasan, tetapi ini semua berlaku disebabkan oleh faktor setempat atau persekitaran yang tercetus akibat rasa tidak puas hati antara majoriti dan minoriti serta ditambah oleh jurang perbezaan antara etnik dan agama.

Hari ini manusia sudah lupa norma kehidupan hanya kerana mencari nikmat dan keseronokan dunia.Kita mudah melenting dan mengikut hati perasaan tanpa menggunakan akal pemikiran yang rasional.Matlamat ingin menjadi hero kepada kelompok tertentu dan mengabaikan tanggujawab kepada insan yang lain sudah menjadi trend politik dunia sekarang. Semakin kita melangkah ke hadapan, semakin jauh kita daripada konsep kemanusiaan dan keinsanan dlm kehidupan.

Perbuatan membunuh orang yang tidak berdosa sememangnya tidak dapat diterima oleh mana-mana budaya dan agama didunia ini tidak kira ia dilakukan oleh ekteremis,tentera marin Amerika,rejim Yahudi dll.Sewajarnya masyarakat dunia bangkit membidas dan bertindak tanpa mendiskrimasikan siapa pelakunya.Ini jelas dalam panduan mana-mana agama berkenaan kehidupan manusia.Tetapi persoalannya berapa ramai pemimpin di muka bumi ini berani bangkit dengan lantang jika pelakunya adalah kuasa besar atau sekutunya?

Andai yang melakukan perkara tersebut adalah orang Islam mereka harus dilawan.Dalam sejarah dunia, Saddam Hussein diktator Iraq pernah membunuh org Sunni Kurdish dan orang Syiah yang ramai.Dia juga membunuh dan memenjarakan orang yang tidak berdosa hanya kerana ingin menjaga kepentingan peribadi dan politik.Dia berjiwa penindas.Harus dilawan.Harus dihukum.Itu konsep keadilan dalam islam yang saya faham yang memberi hak kepada semua umat manusia tanpa mengira apa bangsa dan agama.

Jika yang kena tindas itu adalah orang bukan Islam mereka juga harus dibantu. Contoh rakyat Afrika Selatan yang satu masa dahulu ditindas melalui dasar apartheid telah dibantu, kerana Islam datang untuk menyelamatkan kemanusiaan. Ini adalah jihad yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w tanpa melihat apa agama dan bangsa mangsa kekejaman tersebut. Dahulu orang Islam bersimpati dengan nasib kaum Yahudi yang menjadi mangsa kekejaman Nazi , tetapi sekarang kebanyakan Yahudi mendokong ideologi ganas Zionis.Yang ditentang hanya ideologi ganas Zionis dan bukannya bangsa Yahudi.

Sikap masyarakat didunia yang berat sebelah dalam membuat penilaian dan memberi keadilan wajar pandang serius. Contoh , jika yang menjadi mangsa adalah seorang Yahudi atau warga Barat, maka dunia gempar serta ia dipenuhi pelbagai sentimen di media. Sebaliknya jika beribu orang Islam di Palestin,Iraq dll menjadi mangsa, Dunia hanya menyepi dan memandang sinis. Mengapakah ketidakadilan ini dibiarkan berlaku dan berterusan serta kemana menghilangnya kasih sayang kurniaan Tuhan kepada manusia?.

LOVE CAN KILL A PAIN

Friday, November 28, 2008

Militan Dan Agama


Kelmarin dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan di Mumbai India yang setakat ini telah mengorbankan lebih 125 nyawa orang awam yang tidak berdosa. Ia juga menyaksikan beberapa pelancong daripada negara barat menjadi tebusan kepada kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan. Difahamkan bahawa kumpulan militant islam ‘deccan mujahedeen’ mengaku bertanggujawab keatas serangan tersebut

Apa yang saya ingin nyatakan disini bahawa serangan oleh pihak terbabit tidak sewajarnya dikaitankan dengan islam. Ini kerana islam menolak sekeras-kerasnya penganiayaan dan pembunuhan keatas orang awam tanpa mengira apa bangsa atau agama.Serangan yang dilakukan oleh kumpulan militant terbabit lebih cenderung kepada isu politik dalaman antara kerajaan India dan kumpulan pemisahan yang dikatakan mendapat bantuan daripada Pakistan. Maka, tindakan kumpulan tersebut tidak wajar dikatakan berjihad kerana agama.

Sejak serangan keatas World Trade Centre pada tahun 2001, persepsi masyarakat dunia keatas dunia islam semakin buruk. Islam dikaitankan dengan keganasan dan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa. Benar yang membuat pengeboman di London,Madrid,Bali,Pakistan adalah kumpulan militant islam. Tetapi tidak sewajarnya islam dikaitankan dengan itu semua hanya kerana pelakunya adalah orang islam. Agama lain juga mempunyai golongan ekstremis namun agama mereka tidak dikaitan dengan keganasan contohnya IRA di Ireland Utara atau kumpulan yang melakukan serangan gas beracun keatas system keretapi bawah tanah di Jepun pada awal 1990-an.

Bebalik kepada isu asal , kenapa mereka ini sanggup melakukan pembunuhan keatas orang awam? Mereka ini punya agama dan budaya untuk bersifat kasih sayang kepada makhluk tuhan yang lain. Ini boleh dikaitankan dan disebabkan masalah akibat pertembungan diantara tamadun Islam dan Barat yang berlaku serta tidak dapat dinafikan konflik antara Palestin dan Israel yang semakin meruncing tanpa titik noktah. Tindakan atau dasar luar negara barat dalam menyelesai isu di Palestin, serangan keatas Iraq dan Afghanistan serta dasar yang memihak kepada rejim yahudi telah menyebabkan wujud rasa tidak puas hati dan sekaligus mereka terpaksa menzahirkan tindak balas melalui serangan kearah org awam terutamanya drpd negara sekutu Israel seperti AS,UK,Australia dll(walaupun tahu tindakan itu bercanggah dengan agama namun terpaksa dilakukan kerana gagal menemui jalan penyelesaian akibat rundingan yang berat sebelah, dan ia dilakukan kerana hendak menghantar mesej atau mencuri perhatian dunia tentang nasib mereka).Sungguhpun, jelas dalam islam menyatakan berjihad adalah jalan terakhir dan pastinya bukan pilihan utama.

Hari ini juga kita melihat beberapa negara didunia ini menganiayai masyarakat islam seperti yang berlaku kepada saudara islam di Serbia , Thailand , Filipina , Chechnya dll. Mereka dibunuh dan diperlakukan seperti hamba tanpa belas kasihan dan keadilan yang sewajarnya. Ini adalah antara isu yang perlu diselesaikan dahulu selain daripada malapetaka dibumi Iraq dan Afghanistan.Sememangnya umat islam harus dipersalahkan kerana tidak bersatu dan rela dipergunakan oleh kuasa besar bagi agenda mereka.Mereka gagal menghayati isi Al Quran dan Sunnah, maka tidak hairan jika ini balasan drpd Tuhan bagi menginsafkan kita semua.

Fahami hakikat islam tidak pernah menggalakan keganasan keatas orang awam. Bahkan, dalam ajaran islam jelas melarang tindakan tersebut seperti mana yang dinasihatkan oleh Rasullah s.a.w kepada tentera islam yang pergi berjihad agar tidak melakukan kerosakan keatas golongan yang lemah serta tidak berdosa.

STOP 2 HATE , START THE LOVE

Tuesday, November 25, 2008

Otak Melayu


Maka, terbaca sajak karya Allahyarham Usman Awang yang bertajuk ‘Melayu’ antara intipati puisi sajak tersebut menceritakan tentang perihal sifat melayu yang patut kita hayati dan tanya pada diri sendiri apa yang menyebabkan kedudukan org melayu skrg semakin parah dan menuju kearah kebinasaan. Adakah salah org bkn melayu atau bangsa melayu itu sendiri(mentaliti) yang menyebabkan org melayu ketinggalan serba serbi?.Yang pasti Tuhan tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

Lihat sahaja di media tentang masalah akhlak , jenayah , penyakit sosial , dadah , mat rempit dll majoritinya melibatkan org melayu. Tidak malu ke kita bangsa melayu yg menjanjung tinggi nilai ketimuran dan islam kini dijangkiti penyakit akhir zaman yang pasti menjerumuskan nilai dan maruah bangsa kearah kehancuran.

Sudahlah ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, lebih malang lagi pemimpin bangsa bersifat acuh tak acuh tentang hal yang melibatkan bangsa. Tidak kira samada UMNO, PAS, PKR atau NGO seharusnya duduk semeja dan sepatutnya melupakan sebentar sengketa demi bangsa dan negara. Tetapi malang perkara ini tidak berlaku, mereka lebih rela bercakaran dan menuduh sama lain demi sedikit kepentingan politik. Masing masing sibuk menjaga imej dan ego mereka daripada tanggungjawab kepada saudara sebangsa dan seagama.Bilakah agaknya kita dapat belajar dan mengambil teladan akan kesannya kepada bangsa? Belajarlah drpd persengketaan antara Hamas dan Fatah yang jelas membawa kehancuran kepada masyarakat Palestin.

Buka dan baca buku sejarah tentang sejarah bangsa, bagaimana bodoh dan lemahnya org melayu kena jajah oleh British melalui air liur sahaja. Kita kena ingat British datang menjajah tanpa perlu bermatian-matian seperti Jepun dtg ke Tanah Melayu. Dengan mengambil kesempatan atas konflik gila kuasa pemimpin melayu, mereka dapat menjajah dengan cara yg mudah dan betapa susahnya pejuang bangsa menentang penjajah, mereka dibunuh dan dipenjara oleh penjajah hanya kerana ingin memartabatkan maruah agama dan bangsa. Perlu kita ingat bahawa British tidak berani campur tangan dalam urusan atau hal melibatkan agama dan bangsa seperti yang kita hadapi sekarang daripada pihak luar.

Belajarlah daripada sejarah dan jangan kita kita biarkan ia berulang dan membelenggu generasi akan datang. Kita kena belajar memahami bangsa lain jika berkehendakan mereka memahami kita juga.Disini diselitkan sajak karya Allahyarham Usman Awang untuk renungan dan iktibar;

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

KORANG FIKIR LAH SENDIRI

Friday, November 21, 2008

YB oh YB!

I was having this discussion with my professor a few months ago on the present condition of the political arena in the country. I was throwing a lot of ideas to her about the philosophy of the political landscape. Why do we adore the politicians , YB ( Yang Berkhidmat) so much, treat them like Godlike sometimes, an enigma, out of this world person when they do have the same blood as us, have tears and sweat as stink as us.

I remembered a situation in the rural village sometimes where the village ketua kampong (headman) would organize a feast whenever the YB is coming?. It’s like the Messiah is coming to village to save the village from their sorrow and sufferings. The best cook and dishes will be feast upon the YB and his fellow man. Isn’t the village have enough sufferings and sorrow of their own, spared of their own free time and money just to feast a YB for a few hours. It’s looks like the YB have become the Messiah who have to be treated like Godlike and a person out of this world.

I am not objecting to such occasion, but only the philosophy and the basis of a YB being elected by its people. ‘Wakil rakyat’ are supposed to be the servant of the people (rakyat) and not the other way around. Perhaps the idea of having a YB is just a position to replace the interdependent of the Malay culture towards their kings. It’s a kind of continuity of the past Malay folk who wish to treat the YB as the descendents of the Kings.

My lecturer throwing me a brilliant ideas that why not we replace the dishes to salted fish (ikan kering). Sounds funny but it’s practical. Besides, do we honestly think that the YB eats those village food at his home or work?. Maybe the conversation would sound like this ‘Bon appetite Tuan YB, we have gulai kawah, sayur ulam n acar for tuan YB today, hope that tuan YB can do something on the rocky road to this village, the election is just around the corner, maybe we can make you smile a bit longer this term’. Absolute power corrupts absolutely…=)

YANG BERKHIDMAT

Monday, November 10, 2008

Rancangan Yahudi dan Krisis Ekonomi


Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi Tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat ini ialah USD400 billion.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang dipercayai diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi.

WALLAHU'ALAM..

Sunday, November 2, 2008

Dilema Graduan


Saban hari, kita terdengar tentang isu mahasiswa menganggur dan sukar mendapat pekerjaan. saya juga antara ribuan mahasiswa yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan undang-undang yang telah diperoleh di uum baru-baru ini. Mahasiswa sering dipersalahkan memilih kerja dan tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris merupakan punca lambat mendapat pekerjaan serta tidak mempunyai kelulusan yang baik dalam kursus yang diceburi.

Namun, adakah senario yang disebutkan di atas merupakan perkara yang sebenar berlaku di dunia sebenar?...pada pendapat saya yang biasa ini, ini boleh dikatakan berpunca daripada intipati faktor-faktor yang disebutkan di atas dan juga perkara lain yang menjadi faktor luaran dan dalaman. faktor luaran ini seperti pasaran perkerjaan, kursus yang diceburi tidak mempunyai nilai pekerjaan yang baik atau kursus yang bukan bersifat profesional seperti undang2, kedoktoran, akaun, seni bina, kejuruteraan dsb. ditambah juga dengan kecenderungan para majikan dan syarikat yang meletakkan syarat pengalaman kerja yang lebih dari 3 tahun dan ke atas bagi sesuatu kerja menyukarkan para graduan yang baru keluar dari 'kilang' mereka menjadi satu produk yang sempurna.

Faktor dalaman juga terdiri daripada sikap graduan atau pencari kerja itu sendiri yang tidak menyiapkan dan membekalkan diri mereka dengan ilmu yang cukup atau yang sewajarnya bagi menempuh alam pekerjaan. sebagai contoh, sebelum pergi ke mana2 temuduga, para pencari kerja sepatutnya sudah melakukan sedikit kajian tentang teknik menghadiri sesebuah temuduga. malah, perkara yang lebih asas iaitu cara-cara membuat 'resume' dan 'cover letter' sepatutnya sudah menjadi kemahiran yang perlu dimahiri sejak di menara gading lagi. ini merupakan kesalahan di pihak graduan sendiri, tidak perlu menyalahkan pihak lain kerana graduan sepatutnya sudah boleh berfikir jauh tentang kemahuan dan masa depan mereka sendiri. tepuk dada, tanyalah selera...

Malah, terdapat juga para graduan yang masih tidak tahu di manakah medium yang sewajarnya untuk mencari pekerjaan seperti jobstreet, jobsdb.com, jenjobs.com, jawatankosong.com.my, suratkhabar, majalah, kenalan dan sebagainya.

Jalan penyelesainnya terletak di bahu para graduan itu sendiri pada akhirnya. mereka adalah golongan terpilih daripada berpuluh puluh ribu remaja yang telah berjaya menjejak kaki dan berpeluang belajar di menara gading. antara syor-syor yang boleh dijalankan ialah mencari kursus-kursus latihan jangka pendek yang dijalankan oleh TM seperti Cibec, Pusat Tenaga Rakyat atau menjalanan perniagaan sendiri.

Kita adalah tuan kepada nasib kita sendiri, kita yang memilih sama ada kita mahu berjalan ke kiri, ke kanan, ke belakang, ke depan atau tidak ke mana-mana. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Tuhan, dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri...Amin


Mohd Iwaz Abd Hadi
LLB(Hons)UUM 2004-2008
Gombak, Selangor

DUNIA OH DUNIA!

Tuesday, October 14, 2008

Calon Pilihan Anda!


Pilihanraya bagi mengisi jawatan dalam majlis perwakilan pelajar(MPP) Universiti Utara Malaysia kembali lagi bagi sesi 2008/09.Disini sy dengan bangganya memperkenalkan calon number 9 bagi mengisi kerusi umum:

Nama:Nur Mohd Saifudin Bin Salahudin
Asal :Kluang , Johor
Usia : 22 tahun
Motto:"ASPIRASI PENJANA MAHASISWA GLOKAL"

Sy dengan ini bersungguh2 menyarankan supaya mahasiswa/siswi sekalian agar memberi sokongan dengan mengundi beliau dan sekaligus memberi peluang kepada empunya diri untuk mengutarakan pemikiran beliau diatas apa2 isu yang berkaitan dengan mahasiwa/siswi UUM serta menjadi penghubung terbaik diantara mahasiswa dengan pihak pentadbiran.Anda boleh menggunakan website ini bagi memberi pendapat dan cadangan kepada beliau berkenaan apa2 isu atau masalah sebelum dan selepas pemilihan.Untuk warga UUM diucapkan selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!

SAYA MESTI PILIH!



Tuesday, September 23, 2008

Judging Malay


What is going on with Malay? Speaking as Malay man himself, there is one thing i can assume in three simple words, “Malay Fuck Malays”. And judging that i am a muslim, i should not have been pouring out this sentence. But when one man is sure that all effort gone fruitless,he began to think out of context, both religion and ethic of words.

I have found the root of basis of my charge to be similar with Tun Dr. Mahathir. I was sure that he must have been out of his mind to using sarcasm & obvious resentment to Malay nation when he said ‘Melayu mudah lupa’ and produce his own book about Malay nationweakness. But it apparently not turning out so after years of ‘getting older’, ie learning the environment of Malay.

At present time, i am pretty convinced i can list out more than 100 weakness of Malay nation, ie my race. The weakness have not excluding me. But at the least end, i try to fix my mistakes whenever someone run onto my mistakes and pour it out. I also use muhasabah diri to find my own mistakes. But when one think if he is the only one who solely do the effort, of course he will do something out of line, reaching the limit of brain to think adherely to any principles anymore.

When i type this article, it does not mean that i ‘lupa daratan’. Never. But i have began to think that root of Malay problem is that ‘Malay fuck Malays’. Giving any chance to illustrate an example, ‘maybe some pejabat tanah officer been selling soil to the highest bidder, even though that soil has been exclusively to be sold to Malay’. This is just an example and don’t take heart in any part of the sentence. And now i am going out of the rude side of brain and in lieu, to go to critical part.

As i am an ipta student, and of which one subject i have taken is sains pemikiran dan etika, i can assume that the most logical explanation as to why Malay races, my races, has been so troublesome is the way each individual in Malays thinking, which can be more specifically translated, ‘Individualistic’. It means that most of our single malay never think of a malay as a prevailing race, but rather only they themselves & the closest relative. They can never judge their action if it will significantly affect the others Malay, maybe in perspective, judgment, and perception.

In more detailed explanation, this of my theory can also defined Malay don’t love Malay itself. We have never been loving our own race, as there are proof of my own. First, action which taking advantages from fellow raceman, eg. you can see in the way Malay man doing business. They will lies to earn more profit. Of course, this statement do not aims to criticize all the Malays. Instead, only those involved. Like a malay verb, ‘Siapa makan cili, dia yang terasa pedas’

Conclusively, i have had my feeling go. So after this, those who had been reading this article can do their best endeavor to revolutionize the Malay race. We should change, even if not completely, we should do our best. We must no longer play sentiment 'selesa' etc. Stop living on your own & start loving and thinking about this race.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya


Syawal kembali! maka disini sy dengan rendah diri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiltri kpd sesiapa jua yg menyambutnya , moga2 syawal yg menjelma tahun ini akan membawa seribu erti tentang kasih sayang sesama keluarga dan muslimin di seantero dunia , walaupun umat islam sekarang berdepan dgn pelbagai pergolakan politik , ekonomi ,sosial dll.Lupakan sebentar sengketa itu mari kita bermaafan dan berkasih syg kerana kita semua adalah bersaudara.

Untuk sahabat2 sy ingin menyatakan insyaalah selepas Syawal ini blog ini akan menjadi medium utk sy mengungkapkan pandangan dan idea atau isu yg membelenggu kehidupan kita dan masyarakat dunia.Sejak blog ini dibuka 31Ogos 2008 , sy telah menerima pelbagai maklum balas berkenaan isu yg sy bawa, suka utk dinyatakan disini selepas Syawal sy akan mulai membawa isu2 sosial , ekonomi mahupun politik seperti yang anda harapkan dan isu yg akan sy bawa nanti adalah 100% berdasarkan apa yg sy tahu , faham dan percaya.Harap2 anda semua akan terus bersama blog ini bagi mendapatkan sedikit informasi dan ilmu tentang apa yg berlaku disekeliling kita hari ini berdasarkan perspektif sy seorang insan kerdil di tengah2 masyarakat materialistik.

MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, September 17, 2008

Anak Yatim

Minggu lepas DPP Bank Rakyat UUM ada membuat majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim drpd rumah anak yatim Kulim di Dewan Bukit Kachi , melihat gelagat dan cara anak2 yatim tersebut maka teringatlah nostalgia zaman kanak2 dahulu

Sy adalah seorg anak yatim setelah kehilangan ayah ketika berusia 7 tahun , pada ketika itu sy mempunyai seorang abang,kakak dan adik perempuan(telah kembali menemui pencipta pada tahun 1999 setelah bertarung dgn penyakit kanser otak).Ayah telah kembali kerahmatullah pada 16 mac 1993 bersamaan 23 ramadhan 1413H(seminggu lg naik nak raya) masih jelas diingatan hari pengebumian arwah ayah adalah hari terakhir sekolah berikutan esoknya adalah permulaan bagi cuti hari raya dan bayangkanlah ketika hari raya tanah kubur ayah masih merah lg.

Semasa disekolah dahulu , tiap kali bulan ramadhan maka anak2 yatim adalah golongan yg selalu diberi perhatian dan masa itu lah byk pihak seperti sekolah , badan2 kebajikan akan memberi sumbangan bagi menceriakan sedikit kehidupan golongan ini.Tidak terkecuali adalah sy dan arwah adik yg selalu mendapat sumbangan wang raya drpd pelbagai pihak.Disini sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yg pernah membantu golongan ini,jasa dan budi anda tuhan akan membalas dengan berganda2 kebaikan.Sejak kecil sy berharap satu hari nanti , sy akan dapat menjadi orang yg memberi bukannya yg menerima sumbangan.Insyalah..

Kelebihan yg ada pada anak yatim ini bukan calang2 kerana sejarah telah membuktikan bahawa ramai anak yatim adalah org yg berjaya dlm bidang masing2 contohnya manusia paling hebat di dunia Nabi Muhammad s.aw adalah anak yatim serta tidak lupa nama2 di Malaysia seperti Tun Ghafar Baba , Sudirman Hj Arshad , Lim Goh Tong dan ramai lg adalah contoh anak yatim yg berjaya dalam bidang masing2 dan mempunyai imej yg tersendiri.

Tidak mustahil sy akan berjaya seperti mereka satu hari nanti.Dengan pengalaman berdikari sejak kecil , semangat tidak penah putus asa dan sudah biasa dengan kesusahan,Maka sy berdoa agar 1 hari nanti dapatlah sy penuhi impian dan cita2 sy sejak kecil iaitu menjadi usahawan seperti Bill Gates,Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dll tidak terkecuali kisah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yg sentiasa memberi aspirasi kpd sy tentang kehidupan , bagaimana mendiang seorang anak yatim yg tidak tahu menulis dan membaca sehingga mati mampu mewujudkan beribu peluang perkerjaan melalui jenama motosikal Boonsiew-Honda.

TANGAN YG MEMBERI LEBIH MULIA DRPD YG MENERIMA

Sunday, September 14, 2008

Bahasa Inggeris


"Kerajaan akan menyemak kembali dasar pembelajaran matematik dan sains dlm bahasa inggeris"
itulah adalah antara intipati dalam akhbar berberapa hari yang sudah.Maka terasa pula sy untuk memberi ulasan dan pengalamn sepanjang menjadi pelajar sekolah pada thn 1993-2005 bermula drpd darjah 1 hingga tingkatan 6 atas berkenaan bahasa inggeris dalam perspektif hidup sy seorang anak melayu yg dibesarkan dlm persekitaran yg tidak mementing bahasa asing dlm kehidupan.

Sy dibesarkan didalam kawasan yg bermajoriti melayu iaitu di Pekan Jabi dalam daerah Segamat,Johor yg terletak 3km daripada bandar.Rata2 sahabat sy adalah anak petani , peniaga, kakitangan awam dll.Sepanjang persekolahan di sekolah sy lemah dalam bahasa inggeris dan matematik tetapi tidak pada matapelajaran yang lain seperti perdagangan,sains,geografi,sejarah dll.Setiap kali ujian penggal semester adalah sesuatu yg wajib mendapat tanda merah dalam matematik dan bahasa inggeris pada 'report card'.Tidak malu untuk saya menyatakan keputusan kedua2 subjek ini pada peringkat UPSR,PMR dan SPM hanya mendapat cukup makan sahaja.

Disini bermula ceritanya,pada ketika menunggu keputusan SPM keluar sy telah berkerja sementara dgn mak long iaitu kakak kepada ibu sy , disebuah kedai makan pada waktu pagi dari jam 7-12tgh hari.Pada ketika waktu ptg sy tiada ada apa2 aktiviti yg hendak dilakukan.Memikirkan pada sebelah ptg tiada apa yg hendak dilakukan sy lantas berfikir dan mengambil keputusan untuk belajar bahasa inggeris bagi kelas dewasa di sebuah pusat di bandar.Tempat ini menyediakan pembelajaran bahasa inggeris utk org dewasa dengan byrn rm60 sebulan, sy masih ingat lagi org mengajar kelas ini adalah pensyarah Kolej EDI Melaka membuat kerja 'part time' 2 kali seminggu mengajar bahasa inggeris disebelahnya pagi di Uni Tun Hussein Onn, Batu Pahat(utk pensyarah) dan sebelah ptg ke Segamat(utk dewasa)

Sepanjang 6 bulan tempoh pembelajaran, sy dapat merasakan bahawa tahap penguasaan bahasa inggeris bertambah baik berbanding tempoh persekolahan drpd darjah 1 hingga tingkatan 5 , disini antara sebabnya sy merasa begitu;

1.Semasa disekolah guru terpaksa menggunakan bahasa malaysia dlm pembelajaran bahasa inggeris bg memahamkan pelajar.

2.Kurangnya proses komunikasi dalam bahasa inggeris didalam kelas , bayangkan dengan hanya enam jam seminggu dlm kelas tidak memungkinkan penguasaan yg baik terutama bagi mereka yg bkn meletakan inggeris sebagai bahasa utama.

3.Persekitaran yg ditidak menggalakan atau mementingkan bahasa inggeris dlm kehidupan seharian dan ramai ibu bapa tidak kisah anak mereka lemah dalam bahasa inggeris

4.Pelajar kurang diberi pendedahan akan pentingnya bahasa inggeris bahkan ramai juga guru yg mengaku lemah dlm bhsa inggeris

5.Mentaliti selesa dgn bahasa ibunda dengan menganggap tanpa menguasai bahasa asing pn tidak mengapa

6.Belajar setakat untuk peperiksaan sahaja dan bukan untuk diaplikasikan dlm kehidupan

Pada tahun 2004-05 sy memasuki tingkatan 6 , berbekalkan penguasaan inggeris yg semakin baik sy berjaya mendapat Band 3 dengan markah 171 iaitu kurang 9 markah lg utk mendapat Band 4,kesan hanya 6 bulan proses pembelajaran kelas dewasa tersebut dan setahun bagi peperiksaan MUET.Tahun 2006 sy terpilih utk memasuki UUM dalam program Ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa(kursus yg meletakan penguasaan bahasa inggeris yg baik sebsgai syarat kemasukan).

Percaya atau tidak,bagi program ini pelajar bumiputera adalah minoriti berbanding non bumi dan pelajar asing drpd China,Timur tengah,Afrika dll.Sebab utama , program ini tidak popular dikalangn pelajar bumiputera adalah kerana 100% dlm inggeris dan banyak matematik.Nampaknya pelajar bumputera selesa dengan mentaliti nak yg senang dan tak nak yg susah dari dulu sampai skrg.

Sepanjang di UUM sy merasakn penguasaan inggeris bertambah baik bebanding sebelum ini kerana kesan pembelajaran 100% inggeris dan peluang bercampur dengan pelajar asing dlm kelas dan tugasan berkumpulan, walaupun kelihatan pada mulainya agak susah lebih2 lg masa peperiksaan kerana perlu menjawab esei panjang wajib dalam bahasa inggeris kebiasaanya antara 8-12 muka surat.Skrg ini sy sudah berada ditahun ke-3 dan merasakan tiada masalah dengan bhsa inggeris dlm proses pembelajaran mana2 subjek di universiti berbanding sebelum ini.

Kalau dikenang zaman sekolah mahu tersenyum dibuatnya lebih2 lg apabila melihat soalan2 UPSR,PMR dan SPM ,maka terdetiklah "macam mana lah aku tak boleh dpt bagus dlm bahasa inggeris padahal soalan senang sahaja",jawapannya mudah sebab sy tidak berapa faham maksud dan kehendak soalan berikutan penguasaan inggeris yg lemah kesan daripada mentaliti dan persekitaran yg tidak menyokong

Kesimpulannya bahasa inggeris dan lain2 bahasa mesti dikuasai dan dipelajari sebagaimana orang eropah belajar bahasa arab sebelum mereka maju dan mencetuskan zaman revolusi perindustrian.Kita perlu menjadi seperti org Jepun belajar bahasa asing bkn untuk mengagung-agungkan tetapi utk mencuri ilmu dan teknologi.Sehingga hari ini sy masih belajar menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik agar dapat mencuri sesuatu ilmu bagi meningkatkan martabat diri,agama,bangsa dan negara!

MEMANFAATKAN ILMU LEBIH PENTING BERBANDING BAHASA APA YG DIGUNAKAN SEMASA MENDAPATKANYA

Friday, September 5, 2008

Kisah Sebuah Jam

RM10 shj murah beb!

“Tiada makna memiliki jam yg berharga mahal jika tidak tahu untuk menghargai masa”.itu adalah petikan drpd kata2 Tun Dr Mahathir satu masa dulu.Kisah bermula,pada hari sabtu yg lps sy telah pergi ke psr mlm Bukit Kachi yg terletak dibawah blok penginapan sy di DPP Bank Rakyat UUM. Ketika memilih makanan utk dibeli , sy telah terpandang kearah satu gerai yg menjual jam disitu , lantas melangkah pergi ke gerai tersebut dan sememangnya byk jam yg cantik2 dan ‘smart’ yg dijual disitu.

Memikirkan sy telah lama tidak memiliki jam tangan, maka terdetik di dalam hati utk membeli dan memilikinya.Apa yg menarik ialah harga jam yg dijual disitu hanya RM10 melainkan jam G-Shock yg berharga RM25.Dan setelah lama membuat pilihan dek kerana rambang mata , sy telah membuat keputusan utk membeli jam tangan yg berjenama Tag Heuer” dengan harga RM10.

Kesimpulanya , walaupun sekadar RM10 tetapi jasanya tidak ternilai kerana mengingatkan kita tentang betapa berharganya masa dalam kehidupan manusia.Mungkin RM10 bagi sesetengah org hnya nilai duit ‘prepaid’utk beberapa minit, tmbg bas pergi blk Alor Star dll.Tetapi bagi sy nilai RM10 yg dibelanjakn kali ini cukup berbaloi dan bernilai , memetik kata pujangga “Yang jauh itu bukan bulan,matahari,bintang mahupun planet pluto tetapi seminit yg telah berlalu,Yang tidak mungkin dpt dicapai buat selama-lamanya”

SUMPAH SAYA SAYANG JAM INI

Tuesday, September 2, 2008

Naik Harga!


Hari ini sy pergi ke Hentian Bas Changlun bagi membeli tiket blk kg pada cuti hari raya seperti yg diketahui umum bahawa tmbg bas telah dinaikan sebanyak 30% oleh operator bus setelah mendapat "green light" drpd kerajaan. Bagi perjalanan drpd Changlun-Segamat(sehala) shj skrg berharga rm59 bebanding rm46 sebelum ini.Kenaikan sebanyak rm13,bukan bermksd mahu mempertikaikan keputusan kerajaan dan operator bus, tp kenaikan ini sepatutnya tidak berlaku sekarang dan sedikit melampau kerana seolah2 mengambil kesempatan diatas kenaikan harga minyak pasaran dan permintaan penumpang yg tinggi di musim perayaan.Maka benarlah teori sesetengah pihak bahawa kuasa ekonomi mampu untuk mengoncang kuasa politik

Tambahan pula skrg ini rakyat dibebankan dengan kesan kenaikan inflasi yg melambung naik ibarat mercun"thundercat" dan sbgai jawapan belanjawan yg diumumkan oleh kerajaan juga dilihat sebagai positif dlm mengurangkan tuntutan penguasaha bas bagi kenaikan yg lebih tinggi, walaupun tidak banyak yg mampu dilakukan kerajaan bagi menafikan tuntutan kenaikan lebih tinggi yg diramal selepas Hari Raya tahun ini.Apa yg diharapkn slps kenaikan ini pihak yang berkenaan dpt mempertingkatkan mutu kualiti bus ekspress dari segi perkhidmatan,masa,keselamatan dll demi masa depan dan imej pengangkutan awam di Malaysia!

DAH TIADA PILIHAN NAK BUAT CAMNE

Monday, September 1, 2008

Ramadhan

Sahur pagi tadi hanya makan maggi asam laksa dan minum milo, terasa sangat perbezaan jika berada di rumah dimana ibu akan memasak makanan yg enak dan lazat pada waktu berbuka atau sahur dan tentu kita makan dgn penuh berselera.Jika difikirkan mahu melinang air mata , ini adalah kali ketiga menyambut ramadhan di UUM sejak tahun 2006,teringat lagi masa sem 1 dimana pada waktu itu mmg suma kelas abis waktu ptg.Lepas abis kelas jam 6.30 ptg pegi smbyg asar jap kmudiannya baru balik kolej.Selalunya beli dan makan trus di cafe kolej dan masih terkenang lagi waktu itu berbuka sorang-sorang di cafe kerana mmg tak suka beli bungkus dan mkn di bilik.

Tahun ini situasi mungkin sama sebab jadual kuliah ada kelas ptg.Semester ini juga menyaksikan saya menjadi "tokey" dengan menjalankan "beberapa part time job" seperti menjadi penjual dan pengedar keronsang,key chin,nasi lemak dan mgkn dlm masa terdekat ini jual kuih raya atau tudung.Rezeki di bumi tuhan luas dan org lelaki mmg patut pandai mencari rezeki kerana ia merupakan tanggungjawab atau syariat agama lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga

Setiap kali ramadhan menjelma pasti teringat akan cerita zaman kanak2 dulu dimana ibu akan memberi "rasuah" rm1 jika berpuasa setiap sehari serta tidak boleh makan bersama2 pada waktu berbuka jika tidak berpuasa pada hari tersebut.Masa itu juga mungkin kita tak faham apa itu tuntutan berpuasa dlm agama,kita berpuasa mgkn sebab takut dimarahi ibu,takut ditangkap jika makan diluar dan dimomokan jika tak berpuasa "no duit raya" dll.Tapi skrg kita sudah dewasa dan faham bahawa berposa ialah tuntutan dan wajib dlm agama.

Sy berdoa dan mendambakan agar ramadhan tahun ini akan membawa seribu erti tentang keimanan,kemanusiaan dan kasih sayang.Untuk sahabat2 khususnya di DPP Bank Rakyat dan UUM diucapkan selamat berpuasa dan bersahur!

RINDU MASAKAN IBU

Sunday, August 31, 2008

Syukur Alhamdulilah

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera..

Bersyukur kehadrat ilahi pada hari ini 31 ogos 2008 dengan rasminya maka terciptalah blog ini bagi membolehkan saya untuk berkongsi sedikit bingkisan,luahan hati dan pengalaman hidup.Saya mengharapkan blog ini dapat merapatkan lg hubungn silaturahim dikalangan sahabat handai , rakan-rakan dan sesiapa sahaja yg sudi untuk meluangkan sedikit masa bagi melayari blog ini.Oleh itu,saya mengharapkan anda semua akan sama-sama berkongsi cerita dan idea tentang apa-apa isu,kupasan atau cetusan hati yang bakal saya utarakan.Semoga blog ini akan dapat memberi sedikit manfaat dan ilmu kepada kita semua.

AMIN